Skip to main content

Selebriti

Puji Orang Malaysia Peramah, Aghniny Haque Kagum Dengan Suasana Kerja - “Biasanya Di Indonesia, Penggambaran…”

ASTROGEMPAK Aghniny Haque

Sekilas

  • Aghniny Haque teruja dan bersyukur diberi peluang menerajui filem Malaysia buat pertama kali menerusi filem Khadam.
  • Dia memuji kru dan tenaga kerja Malaysia yang mesra, peramah, serta menghormati kreativiti setiap individu.
  • Aghniny berkongsi suasana kerja di Malaysia lebih intim dengan kru yang lebih sedikit berbanding industri perfileman Indonesia.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Aghniny Haque meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila diberi peluang untuk menerajui filem Malaysia buat pertama kali menerusi filem Khadam.

 

Advertisement

Menurut Aghniny, pengalaman bekerja dalam produksi tempatan meninggalkan kenangan manis buat dirinya kerana kru dan tenaga kerja Malaysia disifatkan sebagai mesra, peramah serta menghormati kreativiti setiap individu yang terlibat.

 

“Saya sangat bersyukur. Ini kali pertama saya mempunyai filem antarabangsa dan sangat indah dapat bekerja dengan orang Malaysia. 

Advertisement

 

“Orang Malaysia sangat mesra, sangat menghormati kreativiti, dan sangat peramah. Saya juga suka makanannya, saya suka segalanya!” kongsinya kepada Gempak.

 

Aghniny berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di acara tayangan filem Khadam di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa. 

 

Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun itu turut berkongsi perbezaan suasana kerja antara industri perfileman Indonesia dan Malaysia yang disifatkannya lebih intim serta memudahkan hubungan sesama kru.

 

“Biasanya di Indonesia, untuk pengetahuan rakan-rakan, penggambaran satu filem boleh melibatkan lebih 200 kru dan hanya dalam 18 hari untuk filem seram. 

 

“Tetapi di sini, saya hanya ada 60 orang kru, dan bagi saya itu membuatkan ikatan (bonding) kami lebih baik,” katanya. 

 

Anda mungkin berminat dengan

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video

Advertisement