Skip to main content

Selebriti

“Ramai Lagi Gen Z Tak Kenal Artis Senior” - Auddra Zulkifli

“Ramai Lagi Gen Z Tak Kenal Artis Senior” - Auddra Zulkifli

Sekilas

  • Auddra Zulkifli atau Oddah mengaku masih tidak mengenali beberapa artis lain walaupun membesar dalam keluarga seni.
  • Dia sentiasa menjaga adab dan merendah diri walaupun namanya semakin dikenali dalam industri hiburan.
  • Oddah akan muncul sebagai artis undangan dalam siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet yang akan disiarkan di TV3 pada 29 Julai.
Advertisement

Penyanyi, Auddra Zulkifli mengakui dirinya masih tidak mengenali beberapa artis lain meskipun membesar di dalam keluarga yang bergiat aktif dalam industri seni.


 

Advertisement

Auddra atau lebih dikenali sebagai Oddah berkata bahawa ada sesetengah artis yang dikenalinya hanya pada nama tetapi bukan pada wajah.


 

“Saya tak kisah kalau orang nak cakap macam itu sebab saya rasa bukan saya seorang sahaja. Mesti ramai lagi Gen Z yang tak kenal semua artis senior.

Advertisement


 

“Ini kali pertama saya berjumpa Kamal Adli. Mulanya saya tahu nama sahaja, tidak tahu muka. Tetapi bila dah berjumpa secara berhadapan, barulah saya kenal dia.


 

“Artis-artisnya yang saya kenal kebanyakkannya kawan-kawan papa dan mama, jadi memang saya familiar dengar nama mereka,”katanya kepada Gempak.


 

Bagaimanapun, Oddah tidak memandang ringan perkara tersebut dan sentiasa dididik untuk mengamalkan sifat ambil dan beradab setiap kali perlu berkerjasama dengan mana-mana pihak.


 

“Bila saya dah jadi artis, baru saya kenal lebih ramai artis. Mak saya pun akan brief dahulu pada saya setiap kali ada projek seperti berlakon. Tetapi saya juga akan jaga adab sebab mak saya suruh dan saya tak nak malukan dia. Kalau saya tak tahu, saya kenal lebih ramai ambil tahu juga,”ujarnya.


 

Menurut Oddah, meskipun namanya kini semakin dikenali, dia tetap akan merendah diri dan memperkenalkan dirinya sebagai pendatang baharu.


 

“Walaupun orang kenal Oddah pun saya tetap perkenalkan diri saya sebab saya tak nak kononya semua orang wajib kenal saya. Kita tak boleh ego dan keras kepala. Lagipun, saya adalah artis baharu bukan orang lama dalam indistri. Kena ada adab tak kisah sebesar mana pun,”kongsinya.


 

Dalam perkembangan lain, Oddah merupakan salah seorang artis undangan yang akan muncul dalam siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet yang dihoskan oleh Kamal Adli dan akan menemui penonton pada 29 Julai di TV3.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must Watch Video

Advertisement