Skip to main content

Rasa Semangat Lihat Syed Saddiq Berlari, Amar Baharin Puji Sokongan Peminat - "Yang Tunggu Tepi Jalan Ini Sebenarnya..."

Rasa Semangat Lihat Syed Saddiq Berlari, Amar Baharin Puji Sokongan Peminat - "Yang Tunggu Tepi Jalan Ini Sebenarnya..."

Sekilas

  • Pelakon Amar Baharin teruja melihat semangat ahli parlimen Muar, Syed Saddiq, menamatkan misi Larian Kesyukuran dari Putrajaya ke Muar.
  • Amar memuji sokongan padu peminat yang menunggu di tepi jalan memberi vibes positif kepada Syed Saddiq sepanjang larian tersebut.
  • Syed Saddiq berjaya mengumpul dana RM361,848 dalam dua hari, melebihi sasaran asal RM200,000 bagi membantu golongan memerlukan.
Advertisement

Pelakon, Amar Baharin meluahkan rasa teruja melihat kegigihan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq menamatkan misi Larian Kesyukurannya, baru-baru ini.

Menerusi Threads, perkara yang paling disukai mengenai misi tersebut adalah peminat yang setia menunggu di tepi jalan dan memberi sokongan padu buat Syed Saddiq.

Advertisement

Menurut Amar, tindakan tersebutlah yang sebenarnya memberi semangat dan suasana positif buat atlet yang sedang berjuang.

"Semangat lihat Syed Saddiq berlari dari Putrajaya hingga ke Muar. Yang tunggu tepi jalan ini sebenarnya sangat memberi vibes yang positif untuk atlet teruskan usahanya,"katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Janji Kekasih itu sempat berseloroh bahawa pengalamannya pula berbeza ketika berbasikal merentasi Dubai hingga Riyadh.

Advertisement

"Dulu aku kayuh Dubai ke Riyadh, jangan kata pak arab, unta pon tak banyak sebab musim panas,"ujarnya. 

Sekadar info, Syed Saddiq memulakan Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman, Putrajaya menuju ke Laman Maharani, Muar pada Khamis.

Larian selama empat hari itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.

Bagaimanapun, Syed Saddiq akui terkejut apabila berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM361,848 dalam tempoh dua hari.

Jumlah itu jauh melebihi sasaran awal sebanyak RM200,000 yang ditetapkan bagi tempoh empat hari menerusi inisiatif berkenaan.



 

Anda mungkin berminat dengan

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

LI-NING HYPERPOWER10 Pickleball Paddles Unisex Pickleball Paddles ACPV065 Legit Official Store

LI-NING HYPERPOWER10 Pickleball Paddles Unisex Pickleball Paddles ACPV065 Legit Official Store

Nike Control Soccer Ball - White [HV4395-100]

Nike Control Soccer Ball - White [HV4395-100]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Football Spikes Blue Pink Grass Spikes Spikes 10768901 [Happy Shopping Network]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Football Spikes Blue Pink Grass Spikes Spikes 10768901 [Happy Shopping Network]

X-TIGER New 5 IN 1 Polarized Sports Cycling Sunglasses Running Fishing Ski Running Golf Driving Sunglasses

X-TIGER New 5 IN 1 Polarized Sports Cycling Sunglasses Running Fishing Ski Running Golf Driving Sunglasses

Must Watch Video

Advertisement