Sekilas
- Restoran Rembayung milik Khairul Aming mengalami gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba selepas lebih dua minggu beroperasi.
- Keadaan itu berlaku ketika Khairul Aming sedang membuat siaran langsung di TikTok, menyebabkan suasana menjadi panas dan pelanggan terjejas.
- Video live tersebut menjadi tular di Threads, dengan wargamaya memuji sikap tenang Khairul Aming menghadapi situasi tersebut.
Selepas lebih dua minggu dibuka, restauran Rembayung milik usahawan dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming mengalami masalah putus bekalan elektrik secara tiba-tiba.
Kejadian itu berlaku ketika Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA berkongsi berada di restauran dan sedang membuat siaran langsung (live) di TikTok.
Bimbang pelanggan berasa panas, Khairul Aming berkata ini kali pertama dia berdepan masalah elektrik selepas dua minggu restauran dibuka.
“Dah la tengah live, habis satu Malaysia tengok kedai aku tak ada elektrik. Mohon maaf kepada pelanggan-pelanggan sekalian. Tiba-tiba power trip… kena pada hari panas pula.
“Macam inilah realiti… ikutkan sepanjang dua minggu lebih kita berniaga ni, tak pernah lagi. Saya risau pelanggan panas… kesian mereka.
Video live KA itu dikongsikan semula oleh wargamaya di Threads yang memuji sikap Khairul Aming yang dilihat kekal tenang biarpun berdepan masalah.
“Lucu pula masa KA tengah live, tiba-tiba blackout. Satu Malaysia tengah tengok dia cakap. Apa pun, KA memang kekal tenang saja.
“Pertama kali di Rembayung lepas dua minggu dibuka,” kata individu itu.
Sumber - Threads