Berita

Ada Kesan Mendapan, Jalan Bandar Rawang 2 Ditutup Sementara

Gempak
02/09/2024
09:06 MYT
Sponsor Banner
Ada Kesan Mendapan, Jalan Bandar Rawang 2 Ditutup Sementara
Jalan Bandar Rawang 2 bersebelahan pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ditutup sementara selepas menunjukkan tanda-tanda berlaku mendapan tanah.

Langkah keselamatan diambil

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, langkah keselamatan itu diambil bagi membolehkan pemeriksaan dapat dijalankan agensi berkaitan.
Menurutnya, kejadian sama pernah dilaporkan berlaku awal tahun ini sebelum masalah seumpama itu dikesan berulang baru-baru ini.

"Kemungkinan di bawah jalan tersebut terdapat longkang besar yang strukturnya perlu melalui proses pembaikan.

"MPS telah menutup sementara jalan tersebut bagi tujuan siasatan sebelum tindakan lanjut dilakukan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tempoh penutupan jalan bergantung pemeriksaan

Beliau berkata, tempoh penutupan jalan itu bergantung keputusan pemeriksaan keselamatan di lokasi.

"Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif dan mematuhi arahan keselamatan ditetapkan sepanjang tempoh penutupan tersebut.

"Langkah yang diambil adalah demi menjaga keselamatan pengguna dan mengelak insiden tidak diingini berlaku, " katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sembilan Hari Operasi Mencari & Menyelamat, Ini Kronologi Insiden Tanah Jerlus Masjid India

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Peluk Islam Selepas Hampir Terjatuh Tanah Jerlus Masjid India

ARTIKEL BERKAITAN:Pakar Geologi Ini Kongsi Faktor Berlakunya Sinkhole & Dedah Tanda-Tanda Tanah Runtuh - “Permukaan Tunggu Masa Apabila..”

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: “Operasi Bahaya Kerana Ada Gas Beracun Di Pembetung” - Bomba

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita seorang wanita warga India G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India, 23 Ogos lalu.
Sumber: SINAR HARIAN
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar