Sukan
Bendera Terbalik Di Baju Lee Zii Jia Jadi Perhatian, Ramai Back Up - “Siapa Jahit Ni, Takkan Tak Ada Tukang Cek?”
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menjadi perhatian netizen apabila memakai baju yang memaparkan bendera Malaysia secara terbalik pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, hari ini.
Bendera terbalik jelas kelihatan
Dapat dilihat dengan jelas di kaca televisyen ketika perlawanan menentang pemain Taiwan iaitu Chou Tien Chen, Jalur Gemilang yang ditampal di bahagian kiri baju Zii Jia ditampal dalam keadaan terbalik.
Perkara itu juga turut dipersoalkan netizen di media sosial yang mengatakan tentang tahap ketelitian pihak yang memeriksa pakaian dipakai pemain badminton negara lebih-lebih lagi dalam perlawanan rasmi.
Antara komen yang diterima:
Bendera kat baju lee zii jia terbalik. sapaa yg jahitt tuuu. Nak kenaa nii #WTF2024— Eynaaa ? (@fox_woo94) December 11, 2024
Dalam pada itu, Zii Jia berjaya menewaskan Tien Chen straight set 21-13, 21-15 dalam aksi sulung Kumpulan A, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:Lee Zii Jia Kini Nombor Empat Dunia
ARTIKEL BERKAITAN:"Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia
ARTIKEL BERKAITAN:Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"
ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Wanita OKU Eerah Burger Sanggup Datang Airport Sambut Kepulangan Lee Zii Jia, Luah Hasrat Jemput Ke Kedai Burger
ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Hadiahkan Pingat Gangsa, Lee Zii Jia Dedah Lalui Detik Hitam - “Saya Diamkan Diri Meskipun Mereka Aibkan Saya..”
Must-Watch Video