Berita
BUDI MADANI: Lebih 30,000 Pemohon Terima Bantuan Tunai RM200 Isnin Ini
Lebih 30,000 pemohon individu, petani, dan pekebun kecil komoditi telah diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai melalui inisiatif BUDI MADANI pda 10 Jun 2024.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, bantuan tunai pertama sebanyak RM200 akan disalurkan melalui akaun bank penerima.
30,000 bakal terima bantuan
Katanya, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut bantuan secara tunai dengan membawa MyKad ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Penyampai Radio, DJ Pool Menyanyi Kutip Dana, Salur Kepada Yang Memerlukan - "Tugas Kami Membantu ..."
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Dan KDN Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah, Dr Zulkifli Harap Kerajaan Madani Beri Penjelasan...
ARTIKEL BERKAITAN: "Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
ARTIKEL BERKAITAN: The Weeknd Sumbang RM9.5 Juta Buat Bantuan Makanan Di Gaza
ARTIKEL BERKAITAN: Polemik Dengan Bekas Isteri Masih Membara, Adik Iqbal Zulkefli Mohon Doa Dari Netizen
ARTIKEL BERKAITAN: “Baucar Petrol, Diesel Program Nak Balik Beraya Ke Pahang Inisiatif Murni” - Jaja Ishak
“Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima Budi Madani.
"Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.
“Permohonan yang dibuat selepas bulan Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada bulan Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk bulan Jun 2024,” jelasnya.
BUDI MADANI adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan layak di mana ia terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) selain syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).
Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.
Sumber: Astro Awani