Hiburan

Bukan Cerewet, Rita Rudaini Pesan Pada Anak-Anak Adab Paling Penting - “Orang Yang Tak Faham Akan Nampak Saya Garang…”

Mya Amri
03/01/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Bukan Cerewet, Rita Rudaini Pesan Pada Anak-Anak Adab Paling Penting - “Orang Yang Tak Faham Akan Nampak Saya Garang…”
Pelakon, Rita Rudaini sentiasa menerapkan dan mengutamakan kepentingan adab dalam mendidik anak-anaknya.

Terapkan adab & hormat dalam mendidik anak-anak

Menurut Rita, menggalas tugas sebagai ibu tunggal dalam membesarkan kedua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14, semestinya memberikan cabaran buat dirinya.
Malah sebagai seorang ibu, Rita akui berdepan berdepan rasa bimbang sekiranya gagal mendidik anak-anak dengan baik
“Mommy setiap minit selagi boleh, dok peringat tegur dah solat belum? Dah salam orang belum? Senyum tak tadi dengan orang tu? Dah mesej atau call wish? Dah itu dah ini?

“Itu tanda sayang mommy, orang yang tak faham akan nampak saya garang, cerewet, biarlah hanya saya sorang sahaja yang faham.

“Mendidik anak-anak sebagai seorang single parent ni kerja double triple kerana saya sedar saya bukan ibu yang sempurna.

“Doa sahaja tidak cukup kalau tiada daya usaha. Semua orang sayang anak tapi tak semua tapi tak semua orang faham dan tahu macam mana nak sayang dengan cara yang betul.
“Kalau saya kejam dengan cara didikan, mungkin anak-anak saya dah lama memberontak. Saya ajar mereka hormat, bukan takut dengan saya.
“Hormat dan takut itu beza. Saya masih belajar didik diri sendiri sambil terapkan pada anak-anak,” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

Syukur anak-anak membesar dengan baik

Bagaimanapun kata Rita, dia bersyukur kerana dua cahaya matanya itu membesar dengan baik dan mengamalkan sikap jujur seperti mana yang diajar sebelum ini.

“Alhamdulillah setakat ini, kalau saya di luar, anak saya di rumah, dorang akan call mohon izin untuk main game.

“Sebenarnya dorang boleh je main sebab saya bukan nampak pun. Sebab dari dulu pesan pada dorang, jujur itu penting.

“Nampak macam complicated kan tapi itu lah adab, anak-anak ini kena tegur itu ini dari kecil sebenarnya. Kalau dah besar mereka ada pemikiran sendiri memang tak akan dengar lagi.

“Perjalanan saya pun masih panjang dan jauh dalam mendidik anak-anak cuma sedikit perkongsian yang tak seberapa tetapi ada 'hasil'. Insya-Allah, doakan saya,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurang Stres Murid, Rita Rudaini: “Peperiksaan Patut Kekal, Silibus Mengarut Yang Patut Tukar”

ARTIKEL BERKAITAN:Raih CGPA 3.842, Anak Sulung Rita Rudaini Terima Anugerah Khas Pengetua - “Fly High Rayyan”

ARTIKEL BERKAITAN:Terima Anugerah Ibu Ikon Malaysia, Netizen Label Rita Rudaini Sebagai Inspirasi

ARTIKEL BERKAITAN:Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

ARTIKEL BERKAITAN:Jaguh Pecut & Berjaya Dalam Pendidikan, Anak Rita Rudaini Mohon Doa Untuk Dapat Jadi Huffaz Al-Quran - “Saya Sudah Dapat Hampiri Hafalan Juzuk 15 & Perlu…”

Terdahulu, anaknya iaitu Rayyan mencuri tumpuan apabila berjaya memecahkan rekod dalam acara 100 meter (m) dan 200m di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam pada Ogos tahun lalu.
Malah Rayyan juga berjaya menerima Anugerah Penghormatan Pengetua sekali lagi di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar hasil daripada keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Rayyan meraih keputusan membanggakan iaitu ‘Cumulative Gred Point Average’ (CGPA) sebanyak 3.842.
Selain itu, Rita juga pernah menerima Anugerah Ibu Ikon Malaysia 2024/2025 bersempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024