Hiburan
Dapat Layanan Baik Sepanjang 21 Hari Dalam Penjara, Da’i Syed Sempat Berdakwah & Ajar Mengaji - “Pengalaman Begitu Pahit, Gelap Hidup Saya Masa Itu…”
Pendakwah selebriti, Da'i Syed mengakui mendapat layanan yang baik sepanjang berada dalam penjara Kajang selama 21 hari.
Berdakwah dalam penjara
Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, meskipun ia satu pengalaman yang pahit namun dia berkesempatan untuk berdakwah dalam penjara.“Jadi ada kesempatan dalam penjara untuk memberi sedikit manfaat dan ilmu," katanya ketika ditemui Gempak di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa."Alhamdulillah, syukur. Masuk penjara kan, jadi pengalaman yang begitu pahit. Gelap hidup saya masa itu tapi Alhamdulillah kesihatan saya dalam penjara baik-baik sahaja. "Tapi hari ini saya tak berapa sihat sangat, saya deman ada ulcer jadi tak boleh nak cakap banyak. Sepanjang di dalam penjara saya dapat berdakwah, ajar orang mengaji, dan sambut Maulidur Rasul dalam penjara.
Luang masa dengan anak sebelum ditangkap
Pada masa sama, Syed juga berkongsi dia hanya sempat meluangkan masa selama 16 hari bersama anak perempuannya sebelum ditangkap.Da'i Syed menghadiri prosedur sebutan semula pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam ditemani isterinya, Hana Ismail pada Selasa."Ketika itu, saya baru luangkan masa bersama anak selama 16 hari. Tapi takdir Allah petang itu saya berniat nak cukur rambut anak saya tapi rambut saya yang dicukur," tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Hadir Ke Mahkamah Dengan Imej Botak, Da'i Syed Harap Urusan Dipermudahkan - “Alhamdulillah, Saya Okay…”
ARTIKEL BERKAITAN:Dibebaskan Sementara, Da’i Syed Ambil Peluang Habiskan Masa Bersama Anak Perempuan
ARTIKEL BERKAITAN:Penangguhan Hukuman Terhadap Da'i Syed Prosedur Biasa, Tiada Istilah Pakai ‘Kabel' - Peguam
ARTIKEL BERKAITAN:21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar
ARTIKEL BERKAITAN:Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”
ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim
Pada 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.
Namun selepas 21 hari dipenjara, Hakim, Datuk Aslam Zainuddin memutuskan untuk membenarkan permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da'i Syed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu, hingga rayuan didengar dan diputuskan pada Jumaat.
Must-Watch Video