Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."
Hilang Di Tengah Kota
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
“Hilang di tengah KL. Sekelip mata saja. Dalam beberapa saat hilang dari pandangan,” kongsinya.
Ternyata dengan kejadian tersebut membuat Shuib dan isteri yang juga penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ketika itu sangat bimbang.
ARTIKEL BERKAITAN: Ketagih Main Permainan ‘Mesin’, Shuib Pernah Kerugian Puluhan Ribu & Dikepung Gangster - “Bila Aku Berhenti, Duit Bukan Kata Boleh Simpan, Malah Makin…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa
Shuib, Siti Sarah Panik
Namun bersyukur apabila Talita berjaya ditemui semula oleh datuknya berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT).
“Ya Allah masatu perasaan jangan cakap la, Daddy Dekta pun sampai kelu lidah tak terkata. Terlalu takut.
“Ibu Dekta lagi la, terlalu risau, tambah pula tu satu-satunya anak perempuan.
“Kami cari merata tempat dan Alhamdulillah dalam masa tak sampai 1 jam dah jumpa.
“Kami berpecah masa tu untuk cari Dekta, Atok yang jumpa Dekta, berdekatan dengan Stesen LRT,” kongsinya lagi.
“Kami faham sangat perasaan orang-orang yang kehilangan anak ni. Gelap dunia jadinya.
“Zaman sekarang ni terlalu bahaya, tak boleh leka walau sesaat.
“Awasi dan pantau la anak-anak, tak kira yang masih kecil atau besar,” tutupnya.
Terdahulu, kes kehilangan orang terutamanya membabitkan kanak-kanak menjadi tumpuan masyarakat sejak kebelakangan ini.
Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwau Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3.