Dua Anggota Polis Didakwa Peras Ugut Seorang Lelaki Myanmar
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM300 terhadap seorang lelaki warga Myanmar, enam hari lepas.
Peras ugut
Pertuduhan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh Rebut Parking Sampai Viral, 2 Wanita Ditahan Polis
ARTIKEL BERKAITAN: 44 PATI Ditahan Di Batu Pahat
ARTIKEL BERKAITAN: Cekik, Tolak Isteri Dalam Gaung, Lelaki 39 Tahun Ditahan Polis
ARTIKEL BERKAITAN: Penjaja Diugut Sebar Video Tak Senonoh Selepas Video Call Dengan Wanita Dikenali Di Media Sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”
Sementara itu, peguam Mohd Fikah Sanusi yang mewakili Muhammad Najmi memohon jaminan rendah kerana anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.
"Anak guam masih berkhidmat sebagai anggota polis dan memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan. Tiada risiko anak guam melarikan diri kerana mereka masih penjawat awam," kata peguam itu.
Pada 29 Julai media melaporkan, dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu ditahan selepas polis memeriksa video tular memaparkan mereka dipercayai sedang memeras wang daripada seorang lelaki.