Hiburan

Farhatul Fairuzah & Ilham Amri Tak Sangka Berjodoh Awal, Kenal Terus Kahwin Tanpa Bercinta – “Semua Bermula Selepas…”

Khairil Khusyairi
17/01/2025
23:50 MYT
Sponsor Banner
Farhatul Fairuzah & Ilham Amri Tak Sangka Berjodoh Awal, Kenal Terus Kahwin Tanpa Bercinta – “Semua Bermula Selepas…”
Pasangan pendakwah sama cantik sama padan, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustaz Ilham Amri tidak menyangka mereka menamatkan zaman bujang dalam tempoh yang singkat.

Terkejut Jodoh Tiba Awal

Bercakap kepada Gempak, Farhatul, 25, dan Ilham, 32, mengakui proses perhubungan mereka sangat pantas malah bersyukur semuanya dipermudahkan.

“Saya sendiri terkejut sebenarnya, jodoh itu datang kita juga tak tahu bila.

“Proses itu sangat cepat dan syukur semuanya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui.

Perkenalan Singkat, Tak Sempat Bercinta

Farhatul yang juga juara Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019 itu memaklumkan dia sebelum ini meletakkan sasaran sebelum usia 25 tahun untuk mendirikan rumah tangga.
Kongsi Ilham pula, mereka juga tidak sempat untuk bercinta sepanjang tempoh perkenalan singkat itu.
“Pada awalnya saya tak jangka langsung sebab saya ada juga target iaitu kahwin sebelum 25 tahun.

“Tak sangka sebab perkenalan kami juga sangat singkat. Nak kata bercinta itu tak sempat nak bercinta jadi kami terus saja kahwin.

“Alhamdulillah, keluarga juga okey,” ujar mereka.

Mula Berhubung Lepas Pulang Dari Tanah Suci

Dalam pada itu, Ilham turut berkongsi detik-detik awal perkenalan mereka ketika bekerja dibawah satu syarikat yang sama dua tahun lalu.
“Pada 2023 kami bekerja di sebuah syarikat agensi pelancongan dan umrah, saya sebagai ikon dan Ilham sebagai mutawif.

“Ketika itu kami memang tiada perasaan langsung, hanya bertegur saja. Semuanya bermula selepas kami pulang.

“Kami juga tak berhubung sebab Farha sangat sibuk dengan kursus haji. Kemudian baru kami kenal semula,” kongsi Ilham.
Untuk info, Farhatul Fairuzah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang juga seorang mutawif pada 14 Disember 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Farhatul Fairuzah Syukur Doa Jodoh Di Jabal Rahmah Makbul, Kongsi Foto Sebelum & Selepas Kahwin Bersama Suami - “Doa Baik-Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Farhatul Fairuzah Selamat Bergelar Isteri Kepada Ustaz Ilham

ARTIKEL BERKAITAN: Johan Tilawah Al-Quran, Farhatul Fairuzah Kongsi Ciri Peribadi Suami Yang Buat Dirinya Tertarik - “Pertama Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Erissa Puteri Kini Tunangan Daniel Iskandar, Tak Sangka Jodoh Datang Awal Di Usia 22 Tahun - “Kami Kenal Pun Tak Sampai Setahun”

ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi Berdebar Hitung Hari Bahagia, Tak Sangka Berjodoh Dengan Mutawif Ketika Tunai Umrah - “Lepas Berdoa, Tiba-Tiba Perasaan Itu…”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024