Berita

FBI Sahkan Telinga Trump Memang Terkena Peluru Semasa Cubaan Bunuh

Gempak
27/07/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
FBI Sahkan Telinga Trump Memang Terkena Peluru Semasa Cubaan Bunuh
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terkena peluru semasa percubaan membunuhnya awal bulan ini di negeri Pennsylvania, menurut kenyataan FBI pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Yang mengenai telinga bekas Presiden Trump ialah peluru, sama ada keseluruhan atau terpecah menjadi kepingan lebih kecil, yang dilepaskan dari senapang subjek si mati," kata biro itu dalam kenyataan.

Cubaan bunuh

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Pengarah FBI Christopher Wray memberitahu Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan bahawa "terdapat beberapa persoalan tentang sama ada peluru atau serpihan peluru yang, anda tahu, mengenai telinganya."
Thomas Matthew Crooks, 20, melepaskan tembakan ke arah Trump semasa satu himpunan kempen di Butler County pada 13 Julai, mengenai telinga kanan beliau. Penembak itu juga meragut nyawa Corey Comperatore dan menyebabkan kecederaan yang serius kepada dua yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump Ditembak Ketika Kempen, Berdarah Di Telinga

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalah Atas 34 Pertuduhan, Donald Trump Dihukum Penjara 4 Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Donald Trump Ditembak Pemuda 20 Tahun, 3 Kes Serangan Ini Jadi Sejarah Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun Pengantin Anak Donald Trump Bernilai RM1 Juta, Terima Cincin Pula RM5.5 Juta

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri, Ivana Meninggal Dunia, Donald Trump: “Dia Wanita Hebat”

Crooks terbunuh di tempat kejadian.
Dalam catatan di platform media sosialnya, Truth Social, Trump, yang merupakan calon presiden Parti Republikan dalam pilihan raya presiden November, berkata: "Saya anggap itu adalah permintaan maaf terbaik yang akan kita dapat daripada Pengarah Wray, tetapi ia diterima sepenuhnya!"
Bekas doktor Rumah Putih dan ahli kongres Republikan Ronny Jackson dari Texas berkata dalam satu surat sebelum ini bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan Trump terkena "apa-apa selain peluru."
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani Sumber foto: Poynter
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar