Laman Utama

#GempakWrapped2023: Dulu Vs Sekarang, Ini 8 Artis Makin Cantik, Sado & Glow Up!

Mya Amri
18/12/2023
09:20 MYT
Sponsor Banner
#GempakWrapped2023: Dulu Vs Sekarang, Ini 8 Artis Makin Cantik, Sado & Glow Up!
Melewati penghujung tahun 2023, sudah pasti akan berlaku perubahan pada diri seseorang termasuklah bentuk fizikal badan, gaya dan penampilan.
Ternyata hal ini juga turut dialami dalam kalangan selebriti lelaki dan wanita di Malaysia.
Makin cantik, kacak dan glow up lah orang kata! Memang nampak berbeza berbanding sebelum ini.
Jadi siapa selebriti wanita dan lelaki paling glow up pilihan Gempak tahun ini? Jom semak senarai di bawah.
1. Fasha Sandha
Penampilan pelakon cantik Fasha Sandha yang kini semakin langsing menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya memuji aktres itu pandai menjaga bentuk badan.
Bagaimanapun sebelum mendapatkan bentuk badan yang cantik, Fasha sebelum ini mendedahkan dirinya pernah ditegur mengenai saiz badannya oleh penerbit sebuah drama televisyen hingga membuatkannya menanam azam untuk berdiet dan bersenam.
Antara amalan diet yang dilakukan Fasha adalah pelakon cantik ini setiap hari hanya makan ikan sahaja dan tidak menyentuh daging serta ayam manakala, pada hari minggu dia akan makan sepuas hatinya.

BERITA TRENDING: Fasha Sandha Menangis Serba Salah Nak Makan Biskut Cicah Milo - "Penerbit Pernah Tegur Saya 'Chubby', Kena Turunkan Berat Badan Tinggal 60kg"

2. Nadeera Zaini
Nadeera Zaini atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini sudah lama menapak dalam industri nyanyian tanah air dan kemenangannya dalam pertandingan Big Stage 5 membuatkan ramai yang perasan tentang dirinya.
Tidak hanya suara, perubahan imej Nadeeea juga menjadi perbualan netizen, rata-rata memuji dirinya yang kelihatan fresh selepas tampil dengan gaya baharu. Betul betul glow up guys!
Bagaimanapun sebagai selebriti, Nadeera juga tidak pernah lari daripada menerima komen-komen negatif tentang dirinya.

BERITA TRENDING: "Ada Kata Muka Saya Macam Bab*" - Nadeera Zaini Sedih, Parents Pun Nangis Anak Kena Faceshaming Netizen!

3. Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah merupakan antara artis yang terkenal dengan kecantikan semulajadinya selain memiliki kulit yang glowing.
Bak kata orang, semakin meningkat usia semakin cantik penampilannya.
Dayang masih memegang teguh dengan prinsip tidak akan mengubah wajah serta warna kulitnya untuk kelihatan lebih cerah.
Malah menurut Dayang, dia akan mengelak untuk menggunakan produk pemutihan kulit.

PILIHAN PEMBACA: "Cantik Tak Semestinya Putih…" - Dayang Nurfaizah

Sebagai bukti, kehadiran Dayang pada majlis pernikahan Shuib dan Watie sebelum ini juga menjadi perbualan netizen.
Rata-ratanya memuji penampilan terkini penyanyi yang berasal dari Sarawak itu.

PILIHAN PEMBACA: “Duk Perati Pinggang Dayang… Berapa Inci Agaknya Tu?” - Penampilan Dayang Nurfaizah Pada Malam Akad Nikah Shuib, Watie Curi Tumpuan Netizen

4. Daiyan Trisha
Pelakon cantik, Daiyan Trisha mendedahkan dia seorang yang pemalu ketika di zaman sekolah dahulu dan sifatnya itu sangat berbeza dengan apa orang ramai lihat pada hari ini.
Malah dia sendiri merasakan perubahan yang dialaminya juga agak drastik.

PILIHAN PEMBACA: “Cantik Sejak Lahir Ke Macam Mana Ni” - Oh My! Macam Ni Rupanya Daiyan Trisha Zaman Sekolah Dulu! Betul Ke Pemalu Orangnya?

5. Amir Ahnaf
Wajah segar penuh karismatik sehingga mencetuskan sensasi dalam kalangan anak muda siapa lagi kalau bukan sang pemegang karakter si Kapla High Council, Kahar iaitu Amir Ahnaf yang meletup gara-gara drama Projek: High Council!

PILIHAN PEMBACA: Dipuja Sebagai Kahar & Fakhri Dalam Projek High Council ‘Sang Liar’ Amir & Mierul Bukan Kaleng-Kaleng, Student MRSM, SBP

Menariknya, perubahan karakter dan penampilan Amir ini akan berbeza mengikut setiap naskhah yang dibawakan olehnya.

BERITA TRENDING: #GMWA2022 : Nama Trending Di Twitter, Peminat Tak Keruan Bila Amir Ahnaf Jadi Rider McDonald’s - “Dia Salah Seorang Lelaki Melayu…”

Terbaharu, Amir kini kerap kali disamakan dengan anggota kumpulan K-Pop popular BTS iaitu Jungkook!

BERITA TRENDING: “Ini Bukan Butter, Ini Planta” - Terima Pelbagai Reaksi Nyanyi Lagu BTS, Ini Respons Amir Ahnaf

6. Hun Haqeem
Nama pelakon Hun Haqeem sentiasa perhatian netizen. Tidak hanya memiliki rupa paras yang kacak, pemilik nama penuh Haqeem Hermy ini juga turut mempunyai bakat hebat dalam lakonan.
Buktinya, Hun juga sanggup mengubah bentuk fizikal badannya demi tuntukan kerja dengan melakukan training bagi mencapai piawaian karakter yang ditetap, sebagai contoh watak Aliff Hadi menerusi drama terbaharu lakonannya, W: Two Worlds.

BERITA TRENDING: “First Time Buka Baju… Saya Tayang Badan Bersebab” - Hun Haqeem

PILIHAN PEMBACA: Berjaya Turun 10 Kilogram, Hun Haqeem Nak Kurus Demi Drama ‘W: Two Worlds’ - Badan Saya Pun Tak Terkejut…”

7. Hael Husaini
Tidak hanya sebagai penyanyi, nama Hael Husaini juga cukup sinonim dalam bidang fesyen.
Lihat gambar-gambarnya yang dikongsikan di Instagram, ada sahaja stail dan gaya baharu yang diperagakan olehnya.
Malah disebabkan kekacakan dan wajah awet mudanya itu menyebabkan Hael kini popular dengan panggilan ‘oppa’ dalam kalangan peminat wanita.

BERITA TRENDING: “Makin Handsome, Jawline Padu” - Ramai Minta Hael Husaini Jangan Potong Rambut, Kekalkan Imej Oppa

Tidak kurang, ada yang mengatakan dia memiliki aura yang sama dengan salah seorang anggota kumpulan BTS, V.

BERITA TRENDING: Selepas Digelar V BTS, Kini Netizen Samakan Wajah Hael Husaini Dengan Cha Eun Woo

8. Khai Bahar
Bagi peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi Khai Bahar, pastinya perasan terdapat perubahan pada bentuk tubuhnya.
Berbeza saiz asal Khai yang kurus sebelum ini, tubuhnya kini semakin 'sado' sejak beberapa bulan lalu.
Perubahan paling ketara adalah pada bahagian lengan yang tampak 'berketul-ketul'.

BERITA TRENDING: Makin Sado, Peminat Samakan Body Khai Bahar Dengan Jungkook BTS

Bagaimanapun kata Khai, perubahan bentuk badan dilakukannya itu adalah dengan senaman di gimnasium dan pemakanan yang betul, tiada kaitan dengan pengambilan barang terlarang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar