Hiburan
Ibu Katolik, Bapa Buddha, Dian Sastro Pilih Peluk Islam: “Jawapan Yang Dicari Ada Dalam Al Quran”
Aktres berkaliber Indonesia, Dian Sastrowardoyo diketahui cemerlang dalam kariernya.
Seperti mana menarik kerjayanya sebagai pelaku seni, bintang Gadis Kretek itu juga mempunyai kisah yang hebat dalam perjalanan peribadinya.
BERITA TRENDING: 6 Bulan Dian Sastrowardoyo Berkurung, Dengar Lagu Gamelan Demi 'Gadis Kretek'! - "Saya Berhenti Jumpa ..."
Salah satunya, Dian berkongsi cerita tentang pegangan agama dalam keluarganya.
Sewaktu menjadi tetamu di saluran YouTube Denny Sumargo, Dian memberitahu setiap ahli keluarganya menganut agama yang berbeza.
Ibunya seorang penganut Katolik. Bapanya pula seorang penganut Buddha manakala dia memilih menjadi seorang Muslim.
BERITA TRENDING: Dian Sastro Jadi Pensyarah, Netizen: “Pergi Kuliah Macam Sesi Meet & Greet”
Ironi, Dian pada awalnya seorang Katolik sebelum memeluk Islam pada sekitar usia 20-an.
“Ibu saya seorang Katolik jadi saya dibesarkan dengan agama Katolik. Bapa saya pula sebenarnya dilahirkan sebagai Islam atau Muslim tapi sewaktu usia 13 tahun dia mencari ‘agamanya’ dan memilih ikut aliran Buddha,” ujar Dian seperti dilaporkan Viva.co.id.
Melanjutkan cerita, Dian, 46, mengaku mula mencari agama yang sebenar selepas membaca banyak buku dan belajar memahami tentang kepelbagaian agama.
Namun kata Dian dia gagal menemukan jawapan kepada persoalannya selepas cuba mendalami agama bapanya iaitu Buddha.
“Sehingga saya bertemu seorang ustaz, dia telah berjaya memberi jawapan yang saya cari tentang agama selama ini.
“Saya kurang ingat ayat Al Quran yang ditunjukkan kepada saya dan ustaz memberi penjelasan dengan sangat tepat, sejak itu saya memilih Islam sebagai agama saya,” katanya yakin.
Ujar Dian lagi perpindahan agama menjadi mualaf pada awalnya mendapat tentangan dalam kalangan orang terdekat namun dia nekad menjadi Muslim kerana percaya Islam adalah jawapan kepada tujuan manusia hidup di muka bumi.