Hiburan

Kekal Baik Dengan Bekas Suami, Yasmin Hani Kongsi Tips ‘Co-Parenting’ Yang Berjaya - “Nak Tak Nak Memang Kena…”

Asyikin Mayudin
07/09/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Kekal Baik Dengan Bekas Suami, Yasmin Hani Kongsi Tips ‘Co-Parenting’ Yang Berjaya - “Nak Tak Nak Memang Kena…”
Pelakon Yasmin Hani mengakui biarpun kadang-kala berlaku pergaduhan antara dia dan bekas suaminya iaitu Sha'arin Razali namun mereka tetap akan berbaik semula demi anak-anak.

Komunikasi setiap hari

Menurut Yasmin, dia dan Sha’arin tetap akan berkomunikasi setiap hari untuk urusan anak-anak selain mempunyai kalendar yang menyenaraikan jadual aktiviti mereka semua.

“Memang perit getir, gaduh semua ada, sekat-menyekat pun ada tapi kita kena juga (baik) sebab aktiviti anak. Sebab anak-anak ada banyak aktiviti, nak pergi tusyen, bola la.

“Nak tak nak memang kena bercakap dan berkomunikasi setiap hari. Ikutkan ramai juga DM tanya macam mana saya buat (jaga anak bersama). Kalau dah tawar, letak tepi sebab dah ada closure.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tiada Masa Nak Baca & Menangis Di Bucu Katil” - Yasmin Hani Enggan Layan Komen Negatif Di Media Sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Ucapan Yasmin Hani Sempena Hari Lahir Alif Hadi, Netizen Doa Cepat Kahwin - “I Pray That We Get To Do…”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Tinggal Serumah Dengan Teman Lelaki, Yasmin Hani; - “Saya Sedih Betapa Kolotnya Manusia..”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin Lagi, Yasmin Hani Tak Kisah Menjanda Sampai Bila-Bila

“Sekarang ini kena ada ‘goal’ iaitu anak. Kau nak keluar dengan sesiapa, ikut suka… aku keluar dengan siapa, kau tak ambil tahu. Lagipun kami ada satu kalendar yang kongsi semua jadual kami.
“Yang penting, kena ada persefahaman. Walaupun dalam komunikasi itu bergaduh, kena balik bercakap, kena waras, mutual untuk anak-anak,” katanya kepada Gempak.
Yasmin ditemui ketika sidang media pengumuman filem sekuel Duyung berjudul ‘Duyung: Lagenda Aurora’ yang diadakan di Wetland Studio, Putrajaya baru-baru ini.
Anak-anak tak terjejas
Dalam pada itu, Yasmin turut meluahkan rasa syukur apabila anak-anak tidak pernah terjejas disebabkan perpisahan dia dengan bekas suami.

“Alhamdulillah, anak-anak semua okay. Sebab itu kalau ada bercuti pun, kami bercuti sama-sama. Kalau ada hal apa-apa pun, Sha'arin akan datang. Dia pun ada datang rumah nak tengok anak-anak.

“Malah, ibu saya pun pernah tidur rumah dia. Kami semua masih rapat, macam dulu cuma hubungan suami isteri itu dah tak ada. Sebab kami nak buat selagi nampak normal.
“Kami tak nak anak-anak rasa terkesan sangat. Alhamdulillah, saya rasa kami berjaya. Kalau nak tahu, rumah kami pun dekat sebab senang untuk apa-apa urusan anak,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha'arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015 dan berpisah selepas 10 tahun berkahwin berpunca daripada tiada persefahaman.
Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong, 7.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024