Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

Asyikin Mayudin
12/09/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.

Mahu keberkatan

Sebolehnya akan mengelak melakukan babak bersentuhan, bagi Ezaidi atau nama sebenarnya Mohammad Ezaidi Abdul Aziz, dia mahu setiap pekerjaan yang dilakukan dalam keberkatan.

“Niat saya hanya ingin mencari rezeki, saya macam semua orang bekerja yang nak dapat gaji. Sudah tentu dalam bekerja, nak keberkatan. Jadi, kena jaga la (batas) sebab kita nak dapat rezeki yang berkat.

“Alhamdulillah, saya dapat produksi yang memang tak ada sentuh-sentuh, babak yang perlu romantik pun tak ada bersentuhan. Setakat saya berlakon selama ini memang produksi jenis macam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebenarnya, Saya ‘Kena Tipu’ Dengan Aedy Ashraf…” - Ezaidi Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN: "Ibu Saya Pun Suka" - Alyah Penyeri 'Sentuhan Ramadan' Hotel Tenera Bangi! Sedia Lebih 200 Menu, Lengkap Kemudahan Terawih

ARTIKEL BERKAITAN: Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

“Saya memang akan cuba mengelak dan beritahu pengarah boleh tak kita buat babak romantik tanpa bersentuhan dan masih mengekalkan ia kelihatan romantik. Bukan kalau boleh, tapi memang nak elak,” katanya kepada Gempak.
Ezaidi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran drama Satu Hari Nanti yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, The Curve, Petaling Jaya, pada Selasa.

Elak cinta lokasi

Bukan sahaja mahu mendapatkan keberkatan, pelakon berusia 29 tahun ini juga memberitahu dia enggan terlibat dengan masalah di lokasi penggambaran seperti ‘cinta lokasi’.

“Saya pegang satu sahaja, kita kerja nak cari keberkatan. Kalau kita buat benda tak berkat, saya takut rezeki yang kita dapat itu jadi tak berkat. Bila benda tak berkat akan jadi satu masalah la iaitu cinta lokasi la.

“Saya percaya, rezeki Allah beri. Saya tak ada nak jaga hati sesiapa, tapi saya nak jaga hati dekat atas (Allah). Saya memang akan cuba sebaik yang mungkin untuk tepis la.
“Selalunya saya akan tanya awal-awal ada babak yang terlampau mengarut sangat ke, saya terpaksa tolak. Contoh macam mengangkat orang ke peluk. Saya memang akan tolak,” ujarnya.

Yakin rezeki

Dalam pada itu, Ezaidi turut berkata dia tidak berasa bimbang sekiranya ada pihak enggan mengambilnya berlakon disebabkan dirinya meletakkan banyak syarat.
“Saya tak ada banyak syarat, saya memang titik berat bab agama. Saya percaya rezeki Allah beri, macam mana pun kalau Allah dah cakap rezeki kau, rezeki kau la.
“Kalau orang cakap saya ini banyak syarat, tak apa saya percaya rezeki ini Allah beri. Alhamdulillah, setakat ini Allah dengar doa saya,” katanya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar