Viral
Pasca Kemelut Dengan Adidas Originals, Bella Hadid Akhirnya Bersuara
Supermodel Bella Hadid akhirnya bersuara mengenai polemik kempen iklan bersama jenama sukan popular Adidas.
Dalam satu hantaran panjang di Instagram Story, Bella berkata, dia tidak tahu menahu mengenai Sukan Olimpik Munich 1972 yang melibatkan tragedi di mana 11 atlet Israel telah dijadikan tebusan dan dibunuh oleh pengganas Palestin.
Bella Hadid bersuara
"Secara sedar, saya tidak akan terlibat dengan mana-mana karya atau pekerjaan yang dikaitkan dengan apa-apa jenis tragedi ngeri.
“Sebelum kempen ini dilancarkan, saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang kaitan sejarah dengan peristiwa kejam pada tahun 1972.
“Saya terkejut, saya kecewa dan saya kecewa dengan kekurangan sensitiviti yang ada dalam kempen ini. Sekiranya saya tahu lebih awal, saya tidak akan pernah mengambil bahagian (dalam kempen berkenaan)," tulis Bella.
Model yang berketurunan Palestin itu dipilih oleh Adidas sebagai wajah kempen SL72 yang dilancarkan baru-baru ini.
Memetik USA Today, kempen tersebut meraikan ulang tahun ke-52 Sukan Olimpik Munich, menghidupkan semula kasut sukan klasik idaman ramai dari 1970-an.
Bagaimanapun, Sukan Olimpik Munich 1972 telah dicemari oleh serangan pengganas di mana kumpulan Palestin membunuh 11 atlet Israel dan seorang pegawai polis Jerman di tengah-tengah konflik Israel-Palestin.
Menerusi kempen iklan tersebut, Bella menyarungkan busana Adidas dan memegang bunga, sambil mempamerkan kasutnya.
"Memberi Bella Hadid bunganya dalam SL 72," kata siaran di X dari Adidas Originals.
Bagaimanapun, selepas Adidas mengeluarkan permohonan maaf, syarikat pakaian sukan tersebut memadam semua hantaran yang melibatkan Bella daripada akaun X dan Instagram milik Adidas Originals.
ARTIKEL BERKAITAN: Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972
ARTIKEL BERKAITAN: Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"
ARTIKEL BERKAITAN: Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Digugurkan, Kontrak Bella Hadid Dengan Dior Tamat Mac Tahun Lalu
Tambah Bella, walaupun niat semua orang adalah untuk mengangkat sesuatu yang positif dan menyatukan orang ramai melalui seni, namun kekurangan pemahaman kolektif daripada semua pihak menjejaskan proses berkenaan.
“Saya tidak percaya kepada kebencian dalam apa jua bentuk, termasuk antisemitisme. Hal itu tidak akan mengetepikan, dan saya tetap dengan kenyataan itu sepenuhnya," tulisnya.
Bella, sebagai seorang pembela hak Palestin secara konsisten menggunakan platformnya untuk memberi penerangan tentang nasib rakyat Palestin.
Bulan lalu, dia dan kakaknya, Gigi Hadid, menerima pujian ramai selepas menderma AS$1 juta (RM4.6 juta) untuk membantu usaha memberi bantuan kepada Palestin.
Sumber: Instagram Bella Hadid