Hiburan

"Patut Hentikan Perbuatan Nakal Ni" - Les' Copaque Respon Isu Watak Kak Ros Upin & Ipin Jadi Memes Lucah

Amri Hassan
04/09/2020
08:00 MYT
Sponsor Banner
"Patut Hentikan Perbuatan Nakal Ni" - Les' Copaque Respon Isu Watak Kak Ros Upin & Ipin Jadi Memes Lucah
Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., Burhanuddin Md. Radzi menyifatkan tindakan menjadikan watak dalam siri animasi Upin & Ipin sebagai memes lucah adalah perbuatan nakal.
BACA: "Fikiran Kotor, Gila Seks!" - Watak Kak Ros Upin & Ipin Pula Jadi Mangsa Memes Lucah Netizen Indonesia
Jelas Burhanuddin, pihaknya menggesa pihak tidak bertanggungjawab itu menghentikan tindakan tersebut kerana ia mencalarkan imej animasi yang sinonim dengan kanak-kanak itu.
"Itu semua perbuatan nakal yang kita tidak dapat nak larang pun, tetapi saya merasakan mereka tidak patut melakukannya.
"Lebih baik hentikanlah sebab itu siri animasi untuk golongan kanak-kanak, tak elok untuk dijadikan bahan yang mendorong perbuatan tidak sihat," katanya kepada Gempak.
Burhanuddin ditemui pada majlis pelancaran syiling emas Upin Ipin x Habib Jewels IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Sehubungan itu kata Burhanuddin, pihaknya masih beranggapan isu terbabit tidak perlu melibatkan tindakan undang-undang selagi masih terkawal.
"Kita tidak perlu mengambil tindakan undang-undang pun sebab ia tiada kena-mengena dengan kita," tambahnya.
Terdahulu tular memes lucah membabitkan watak Kak Ros daripada animasi Upin & Ipin terutama dalam kalangan netizen di Indonesia.
Perbuatan tidak bermoral itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial terutama ibu bapa yang risaukan kandungan terbabit sampai ke pengetahuan kanak-kanak.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024