Viral

Pelajar Perempuan Tingkatan Satu Maut Jatuh Bangunan Sekolah

Gempak
02/10/2024
07:57 MYT
Sponsor Banner
Pelajar Perempuan Tingkatan Satu Maut Jatuh Bangunan Sekolah
Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra, semalam.

BERITA TRENDING: Vokalis Bon Jovi Pujuk Wanita Usah Teruskan Niat Terjun Jambatan

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 6.59 petang.
Beliau berkata, mangsa berumur 13 tahun jatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah berkenaan dan telah disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa telah dirujuk ke Bahagian Forensik dan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah di dalam kes ini.
"Kes kematian ini telah diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Justeru itu, polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai dan menghentikan penularan kejadian ini di media sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.

BERITA TRENDING: Cium Kening, Kumpul Telefon Sebelum Anak Beranak Ini Terjun Tingkat 22 Dengan Tangan Terikat

BERITA TRENDING: Payung Terjun Tak Terbuka, Penerjun Sempat Kira 1,2,3 Maut Jatuh Dari Tingkat 29

BERITA TRENDING: Amir Jahari Dedah Alami Depresi - “Pernah Cuba Terjun Jambatan 3 Kali, Alhamdulillah Tak Teruskan"

Ku Mashariman berkata, orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Sumber: BH
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar