Terkini
Cium Kening, Kumpul Telefon Sebelum Anak Beranak Ini Terjun Tingkat 22 Dengan Tangan Terikat
Beberapa hari menjelang Ramadan, Indonesia dikejutkan dengan berita empat sekeluarga maut selepas terjun daripada tingkat 22 sebuah apartmen di Jakarta Utara.
Empat sekeluarga itu dipercayai terjun dari tingkat 22 Apartemen Teluk Intan Tower Topas Penjaringan sebagai langkah bunuh diri.
Pihak berkuasa mengesan identiti mangsa sebagai seorang lelaki dengan pengenalan EA (50), perempuan AIL serta dua remaja lelaki iaitu JWA (13) dan remaja wanita JL (16).
Malah empat sekeluarga ini ditemui dalam keadaan cedera parah termasuk kepala pecah dan patah tulang dengan tangan saling terikat.
"Pada saat terjatuh keadaan EA dan JL terikat tangannya dengan tali yang sama, AEL terikat tali yang sama dengan JWA. Mereka semua saling terikat," kata Kapolsek Metro Penjaringan Kompol Agus Ady Wijaya seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Selain itu polis juga mengungkapkan EA sempat mencium kening tiga anggota keluarga yang lain serta mengumpulkan telefon bimbit mereka sebelum terjun bersama-sama.
“Mereka masuk dalam lift, (terakam dalam CCTV). EA dilihat mencium-cium kening anggota keluarga yang lain. AEL pula terlihat mengumpulkan handphone sebelum naik ke atas,"kata Agus lagi.
Pihak berkuasa kini membuat penyelidikan mengenai motif bunuh diri empat sekeluarga tersebut termasuk mengambil kira jika mereka melakukan aksi nekad tersebut kerana beban hutang.
BERITA TRENDING: Payung Terjun Tak Terbuka, Penerjun Sempat Kira 1,2,3 Maut Jatuh Dari Tingkat 29
Must-Watch Video