“Pembunuhan Ismail Haniyeh Tidak Akan Dibiarkan Tanpa Balasan” – Hamas
“Pembunuhan Ismail Haniyeh tidak akan dibiarkan tanpa balasan”, itu kata pegawai Hamas sebagai reaksi kepada pembunuhan pemimpin itu dalam serangan Israel di Tehran.
Label tindakan Israel sebagai pengecut
Pegawai kanan Hamas Moussa Abu Marzouk seperti yang dipetik oleh Al-Aqsa TV yang dikendalikan oleh Hamas menyifatkan tindakan Israel itu sebagai pengecut.
"Pembunuhan Ismail Haniyeh adalah tindakan pengecut yang tidak akan dibiarkan tanpa balasan," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, jurucakap kanan Hamas, Sami Abu Zuhri, menyifatkan pembunuhan pemimpin itu sebagai mencetuskan keadaan lebih serius yang tidak akan mencapai matlamatnya.
Menurut laporan media, Zuhri berkata Hamas akan melancarkan perang terbuka bagi membebaskan Baitulmuqaddis dan kumpulan itu bersedia membayar sebarang harga untuk melakukannya.
ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Pembawa Bendera Israel Rupanya Bom Penduduk Gaza
ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Selepas Kalahkan Israel, Atlet Judo Tajikistan Jerit Allahu Akbar!
ARTIKEL BERKAITAN:Pengulas Sukan Raih Pujian Netizen Lepas ‘Palau’ Kemunculan Atlet Israel Pada Pembukaan Olimpik 2024
Terdahulu, pimpinan Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan Haniyeh dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Tehran.
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan, Haniyeh terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.
Sumber: Astro Awani