Berita
Ramai Askar Israel Alami Masalah Mental
Jumlah askar Israel yang hilang upaya fizikal telah melepasi 70,000 orang buat pertama kali ketika rejim Zionis terus memperhebatkan operasi ketenteraan di sekitar rantau berkenaan selepas menceroboh Genting Gaza tanpa menghiraukan keadaan semasa fizikal dan mental anggota mereka.
Data Kementerian Hal Ehwal Tentera juga menunjukkan seramai 8,663 anggota turut cedera dalam Perang Gaza sejak 7 Oktober lalu.
Laporan dikeluarkan bahagian pemulihan kementerian di Tel Aviv mendapati kira-kira 35 peratus yang cedera dalam operasi ganas di Gaza kini bergelut dengan keadaan kesihatan mental manakala 21 peratus lagi mengalami kecederaan fizikal.
ARTIKEL BERKAITAN: Askar Israel Cedera Diserang Ratusan Penyengat Di Semenanjung Gaza
ARTIKEL BERKAITAN: Israel Sekat Kemasukan Haiwan Korban Sempena Aidiladha Di Gaza
Jabatan itu menjangkakan kemasukan kira-kira 20,000 lagi askar cedera sejak operasi ketenteraan itu bermula sehingga akhir tahun ini.
Sementara itu, analisis pakar mendapati kira-kira 40 peratus anggota yang diterima masuk di pusat pemulihan itu bakal mengalami pelbagai tindak balas psikologi seperti kebimbangan melampau, kemurungan, tekanan pascatrauma, kesukaran berkomunikasi dan penyesuaian diri.Laporan persatuan perubatan di Tel Aviv mendedahkan lebih 1,000 veteran lelaki dan wanita sedang menjalani rawatan pada setiap bulan dengan kira-kira 20 peratus menghidap penyakit mental.
Data itu menunjukkan lebih separuh daripada 9,539 anggota juga menderita gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
Pada 7 Jun lalu, seorang anggota tentera, Eliran Mizrahi yang mengalami PTSD dan dua kecederaan fizikal didakwa membunuh diri selepas dia dipanggil untuk kembali berperang yang jelas membuktikan dia antara mangsa yang mengalami tekanan akibat operasi ketenteraan.
Kajian terbaharu pada Mac lalu juga mendakwa kira-kira 500,000 penduduk Israel berisiko diserang PTSD selepas kempen pembunuhan ramai-ramai di Gaza.
Meskipun pasukan tentera Israel terpaksa menanggung derita sakit mental, kepimpinan mereka tetap meneruskan ofensif ganas ke atas Gaza demi mencapai matlamat utama untuk menghapuskan Hamas yang mustahil sama sekali.
Kegagalan menyakitkan
Menteri Hal Ehwal Tentera Israel, Yoav Gallant mengakui 'kegagalan menyakitkan' unit risikan mereka pada 7 Oktober lalu hingga mencetuskan perang berskala besar ke atas Gaza.
Beliau juga mengesahkan kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh Tel Aviv akibat kempen pengeboman ke atas Gaza.
“Israel menerima tamparan hebat akibat ofensif berterusan di Gaza. Kini, kami terpaksa tanggung akibat yang besar.
“Kami akan melakukan kajian terperinci dan belajar daripada kesilapan. Pengalaman ini akan memberi kesan kepada masa depan kita,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Israel Letak Jawatan
ARTIKEL BERKAITAN: Tampal Bendera Israel Di Restoran, Lelaki Didenda RM100
Gallant juga seakan-akan mengesahkan kehebatan dan keupayaan pejuang Hamas yang terus diperkukuhkan sejak lebih sedekad lalu.
“Unit risikan perlu lebih memahami tentang strategi musuh. Kegagalan mereka memberi impak kepada operasi di Gaza,” katanya lagi.
Menteri kerajaan 'ekstremis' itu membuat kenyataan berkenaan dua hari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membubarkan Kabinet perang terdiri daripada enam anggota selepas peletakan jawatan bekas Menteri Pertahanan, Benny Gantz.Gantz berundur daripada Kabinet kontroversi itu lebih seminggu lalu selepas mendakwa Netanyahu salah urus perang genosid di Gaza.
ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah Bom Israel Yang Digugurkan Di Gaza Melepasi Perang Dunia Kedua
Kabinet perang tersebut ditubuhkan pada 11 Oktober lalu selepas Israel berasa 'tertampar' dengan Operasi Taufan al-Aqsa dilancarkan pejuang Hamas, beberapa hari sebelum itu.
Melihat kepada kepincangan dalaman di Tel Aviv, anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Rishq berkata, gerakan penentangan mereka menjadi punca pembubaran Kabinet tersebut setelah pelan operasi musuh semakin caca marba dan tiada hala tuju.
Sumber: Agensi menerusi Sinar Harian
Must-Watch Video