Hiburan

Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?

Firdaus
14/09/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?
Susulan berita menggemparkan berkaitan pemfailan cerai yang dilakukan oleh aktres jelita, Fazura terhadap suami, Fattah Amin, timbul satu lagi pendedahan terhadap isu rumah tangga pasangan selebriti itu.

Fattah Disondol Stylist?

Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengawal peribadi Fazura di Instagram Story, individu tersebut mendakwa bahawa perkahwinan selebriti itu goyah selepas Fattah dikatakan ‘disondol’ oleh wanita yang bergelar sebagai seorang stylist.

“Untuk si b*bi penyondol yang kacau rumah tangga orang, terus lah kau menjadi b*bi, sebab b*bi je yang suka sondol-sondol ni.

“Selalunya orang akan doakan kalau tak kena dekat kau (penyondol), kena dengan family kaum keluarga kau. Tapi aku tak doakan macam tu sebab family dan kau tak salah.
“Aku doakan apa kejahatan yang kau buat akan balik semula dekat diri kau,” getusnya.
Tidak terhenti di situ, pengawal peribadi yang dikenali dengan akaun Instagram hantugym itu juga turut berkongsi beberapa lagi entri yang mendakwa dirinya disekat oleh sang penyondol.
Dalam pada itu, pengawal peribadi kepada pelakon drama Hero Cinderella 2 berkenaan sempat menitipkan doa buat Fattah dan Fazura.
Pada Jumaat, Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.
Terdahulu keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula dihidu oleh peminat selepas keduanya sudah tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing.

BERITA TRENDING: Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”

​BERITA TRENDING: Fazura Titip Pesanan Buat Fatima Aisya – “Kuat Dan Tabah...”

​BERITA TRENDING: Fail Cerai Terhadap Fattah Amin, Fazura Nampak Tenang... Rakan Artis Titip Kata-Kata Semangat Dan Doa

​BERITA TRENDING: Kongsi Gambar Dengan Fattah Amin, Netizen Anggap Wanna Ali Tak Sensitif - “Kalau Awak Ambil Berat Fasal Kak Fazura & Hormat Dia, Tolong Delete”

Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.
Pasangan selebriti yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya, 4, itu berkahwin pada 2017.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar