Hiburan

Pernah Hadap Penyondol, Zamarul Hisham Banyak Fikir Hubungan Dengan Keluarga - "Rezeki Saya Adalah Rumah Tangga"

Firdaus
12/08/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Hadap Penyondol, Zamarul Hisham Banyak Fikir Hubungan Dengan Keluarga - "Rezeki Saya Adalah Rumah Tangga"
Susulan kes penyondol yang berleluasa, pelakon Zamarul Hisham tampil berkongsi pengalamannya berkaitan isu tersebut.

Diuji Dengan Godaan

Pernah diuji dengan godaan dari luar, Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed, 53, menyatakan dirinya sentiasa berfikir tentang rumah tangga sebelum melakukan sebarang tindakan yang boleh memberi impak buruk terhadap hubungannya dengan keluarga.

"Godaan akan sentiasa ada, saya bersyukur sebab masih relevan dalam industri lakonan dan masih ada peminat.

"Tapi peminat-peminat yang begitu (menggoda), saya akan cuba elakkan. Saya akan cuba alihkan perbualan ke arah karier, itu cara saya elak godaan.
"Kadang-kadang kalau saya malas nak jawab, isteri (Diana) yang akan tolong balaskan. Sebab rezeki saya adalah rumah tangga, jaga hubungan suami isteri dan anak-anak sebaik mungkin dan itulah rezeki yang Allah bagi kepada saya.
"Jadi kalau saya punahkan benda tu, saya rasa macam saya menolak rezeki yang Allah beri pada saya, walhal Allah suruh buat tu perkara yang mudah iaitu jaga dan sayang akan keluarga. Kalau ada perkara-perkara negatif yang cuba mengganggu saya akan elak sebaik mungkin," katanya.

BERITA TRENDING: Akui Sikap OCD Pernah Jejaskan Rumah Tangga, Zamarul Hisham Kini Pilih Untuk Lebih Berdiam Diri - “Kalau Nak Luahkan, Saya Kena Kawal”

BERITA TRENDING: Diana Rafar Dedah Punca Perpisahan Sebelum Ini - “Sebab Abang Memang Tak Boleh Tengok…”

BERITA TRENDING: Diana Rafar Imbau Detik Zamarul Hisham Lafaz Cerai & Perjalanan Mula Pakai Tudung - “Satu Persatu Nikmat Allah Tarik...”

BERITA TRENDING: Zamarul Hisham Tak Berahsia! Mesej Di Instagram & Password Bank Pun Isteri Tahu - “Sebab Saya Berdasarkan Kepercayaan”

Mengulas lebih lanjut tentang isu penyondol, Zamarul menyifatkan perkara itu seolah-olah suatu 'trend' yang membimbangkan pada waktu sekarang.
"Bagi saya ia umpama satu trend. Isteri orang kadang-kadang minat dekat suami orang, ada juga lelaki yang minat pada isteri orang.
"Benda ni jadi tanda tanya, memang tak boleh nak lari daripada orang yang meminati diri kita, tapi kita kena berfikir secara waras kalau kita dah ada isteri atau suami.
"Perkara ni macam mana pun kita kena elakkan, sebab ia sangat-sangat bahaya. Bagi saya sekarang ni isu ni makin berleluasa, dulu tidak," jelasnya.
Zamarul Hisham ditemui di Majlis Pelancaran Kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Astro yang berlangsung di Pavilion Damansara Heights Mall, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Zamarul mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Diana Rafar pada tahun 2009.
Hasil perkongsian hidup, Zamarul dan Diana dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024