Hiburan

Rosyam Nor Rancang Buka Lebih Banyak ST Rosyam Mart Bermula Tahun Depan

Ainun
03/08/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Rosyam Nor Rancang Buka Lebih Banyak ST Rosyam Mart Bermula Tahun Depan
Pelakon Datuk Rosyam Nor mewakili suara kebimbangan pelanggan-pelanggan ST Rosyam Mart mengenai kenaikan harga barang akibat peningkatan harga diesel.
Hero Malaya itu, berkata harga barangan mungkin akan naik, namun, kenaikan harga itu tidak akan menjejaskan perbelanjaan harian pelanggan.
“Kenaikan harga diesel memang sedikit mengganggu. Barang-barang kebanyakannya akan naik harga sedikit, tetapi kami akan menasihati pelanggan kami untuk bijak berbelanja. Kenaikan sekitar 10 sen dan 20 sen sudah memadai untuk pelanggan kami.
“Di sini, kita mengamalkan harga borong. Disebabkan itu, pelanggan kami datang ke sini untuk mendapatkan barang dengan harga borong. Kami juga masih menawarkan harga pasaran dan menyediakan persekitaran yang menarik untuk pelanggan kami,” jelasnya ketika ditemui Gempak pada sambutan ulang tahun kedua ST Rosyam Mart di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Cawangan baharu

Dalam pada itu, Rosyam turut berkongsi kegembiraannya mengenai pembukaan cawangan baharu ST Rosyam Mart di luar negeri Selangor dan Kuala Lumpur, yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan jangkauan pasar raya tersebut.

“Insya-Allah pada 4 September ini, kami akan melancarkan satu lagi cawangan ST Rosyam Mart di Senawang, Negeri Sembilan dan pada tahun 2025, kami turut membuka ST Rosyam Mall.

"Buat masa sekarang, kami sudah ada 7 cawangan termasuk di Senawang. Sasaran kami sehingga 2027 adalah untuk membuka 25 cawangan, dimulai pada awal tahun depan.
“Apa yang akan dijual di situ nanti berbeza dengan apa yang ada di ST Rosyam Mart. Saya mahu menggalakkan usahawan tempatan yang mempunyai produk untuk bersama-sama dengan kami,” katanya.
Melanjutkan bicara, pelakon KL Gangster itu berkata, ST Rosyam Mart turut mengembangkan sayapnya ke beberapa negeri di pantai timur semenajung Malaysia.
“Selepas ini kami mahu memperluaskan lagi jenama ST Rosyam Mart ke negeri-negeri lain pula. Dalam perancangan kami mahu buka cawangan baharu di Pahang. Kami masih meninjau lokasi-lokasi strategik termasuklah Bentong, Temerloh atau Jerantut,” kongsinya.

BERITA TRENDING: X-Change: "Setiap Manusia Ada Tanggungjawab" - Rosyam Nor Akui Watak Yakob Dalam X-Change Sarat Nilai Kekeluargaan

BERITA TRENDING: Minggu Pertama Penuh Cabaran, Arfie Shah Kenang Detik Berlakon Bersama Datuk Rosyam Nor

BERITA TRENDING: "Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

BERITA TRENDING: “Saya Dulu Berlakon Macam 'Tahi' Juga” - Rosyam Nor Harap Pelakon Baharu Di Beri Peluang, Jangan Terus Main Kutuk

Selain itu, Rosyam Nor juga menggalakkan peniaga bumiputera dan selebriti untuk mempromosikan produk mereka di media sosial. Baginya, ini merupakan langkah untuk memperluaskan produk-produk mereka yang hendak dijual kepada masyarakat.
“Istimewanya, kami mahu jenama ST Rosyam Mart terus berkembang. Kami akan menggalakkan orang ramai yang mempunyai produk untuk mempromosikannya bersama kami, supaya produk-produk tersebut sampai kepada pelanggan kami.
“Saya seorang selebriti yang membantu kawan-kawan yang nak menjual produk mereka dan menjadikan salah satu tempat untuk mereka menjual produk masing-masing. Saya juga menasihat rakan-rakan untuk mempromosikan barangan mereka,” kongsinya lagi.
Sekadar info, Rosyam Nor telah pun membina empayar perniagaannya dengan menghasikan rangkain pasar raya yang dinamakan sebagai ST Rosyam Mart.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar