Hiburan
“Sabar Jap, Saya Belajar Dulu Dengan Cikgu Vokal Terpaling Mendonia” - Bukan Biasa-Biasa, Cik Epal Serious Nak Jadi Penyanyi
Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal memaklumkan dia kini serius untuk menceburi bidang seni dan menjadi penyanyi.
Jumpa guru vokal
Cik Epal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, bekas isteri kepada pempengaruh Jofliam ini bakal bertemu dengan guru vokal terkenal iaitu Cikgu Shafi bagi memperbaiki mutu nyanyiannya.
“Engko sabar sekejap. Aku belajar vokal dulu dengan cikgu vokal terpaling mendonia,” tulisnya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan tangkap layar perbualannya bersama Cikgu Shafi.
Dah ada lagu sendiri
Sementara itu, dalam hantaran lain, Cik Epal juga turut berkongsi sedikit demo lagu yang bakal dinyanyikan kelak.
“Aku jatuh cinta betul lah dengan lagu aku ni. Baru demo je aku dah suka gila 9. Lagu 3 minit tapi aku belanja 17 saat je lah. Nantikan kemunculannya. First lagu, mood galau,” tulisnya.
Sebelum ini, penyanyi Aepul Roza memberitahu dia kini dalam proses menulis lirik lagu yang dicipta untuk pempengaruh media sosial, Cik Epal berdasarkan konflik yang berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN:Dalam Proses Tulis Lirik, Kolaborasi Aepul Roza & Cik Epal Bakal ‘Mendonia’ - “Saya Rasa Research Saya Dah Cukup”
ARTIKEL BERKAITAN:“Siapa Makcik Untuk Masuk Kawasan Rumah Saya Suka-Suka Hati?” - Cik Epal Bengang Dengan Mak Dewi, Dakwa Siap Ada Akses Kad
ARTIKEL BERKAITAN:“Ambil Je La Duda Aku, Aku Sedekah Dekat Sesiapa Yang Memerlukan” - Cik Epal