UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Viral

“Sesiapa Yang Buat Kenyataan Menuduh Aku Buat Telegram Ini Adalah Fitnah” - Cik Epal

Mya Amri 16/01/2025 | 05:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal menjawab dakwaan sengaja membuka sebuah saluran Telegram semata-mata untuk menjatuhkan maruah bekas suaminya, Jofliam.
Cik Epal bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut menerusi hantaran terbaharu di Insta Story miliknya hari ini.
Menurut Cik Epal, dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata.

“Aku tak buat Telegram channel ini. Sesiapa yang buat kenyataan menuduh aku buat Telegram ini adalah satu fitnah,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Kau Tak Pernah Mengandung & Melahirkan, Diam Jelah” - Cik Epal

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Tahan Dituduh Bersekedudukan Dengan Jofliam, Dewi Kemuka Bukti Perbualan Bersama Cik Epal - “Kalau Saya Penyondol Kenapa…”

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Hentikan Fitnah, Dewi Akhirnya Tampil Jelaskan Status Diri - “Saya Dah Habis Iddah, Bercerai 30 Oktober…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Jumpa Di Mahkamah Nanti” - Cik Epal Keluarkan Surat Saman Terhadap Dewi

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Skandal Dengan ‘Ammar’ Ketika Masih Bergelar Isteri, Ini Respons Cik Epal - “Nak Nampak Dia Good Good Acah Suci”

Tak pernah berlindung sebalik fake akaun
Menjelaskan lagi perkara itu, Cik Epal berkata dia tidak pernah berlindung di sebalik akaun palsu.

“Aku ada platform aku sendiri, kenapa aku perlukan Telegram? Dari dulu pun aku guna media sosial aku dan aku tak pernah berselindung di sebalik fake account. Berani kerana benar,” tulisnya.

Terdahulu, tular sebuah saluran Telegram bernama ‘Edisi Siasat Jofliam & Dewi” yang dikatakan membuat pendedahan tentang kisah bekas suaminya itu.
#Telegram #Fitnah #Jofliam #Cik Epal
;