Hiburan

Tak Percaya Curang, Keena Mentor Kongsi Sikap Sebenar Fattah - “Budak Skema, Bukan Kaki Perempuan & Pemalu”

Mya Amri
09/10/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Percaya Curang, Keena Mentor Kongsi Sikap Sebenar Fattah - “Budak Skema, Bukan Kaki Perempuan & Pemalu”
Penyanyi, Keena Mentor berkongsi keperibadian yang dimiliki oleh pelakon, Fattah Amin sepanjang bekerja dan mengenalinya.

Pendiam, pemalu & bukan kaki perempuan

Menurut Keena, Fattah merupakan seorang yang pendiam, pemalu dan bukanlah kaki perempuan.
“Masa dapat skrip drama Hello Mr Perfect saya tanya siapa hero dia. Produksi kata Fattah Amin. Siapa Fattah Amin?
“Budak baru. Drama itu adalah drama pertama Fattah. Banyak drama bekerja dengan ‘budak skema’ ni termasuk drama Siapa Dia, Bodyguard, Cik Siti dan beberapa drama.

“Fattah yang saya kenal selama bekerja dengan dia, dia seorang yang pendiam. Dekat set dia buat hal dia sahaja.

“Makan sama-sama dengan kru dan bukan kaki ‘merewang’, bukan kaki ‘perempuan’. Masakan dia nak berlaku curang. Pemalu budak Fattah ni, satu lagi tak lokek selalu belanja kru.

“Lepas habis beberapa drama dia sibuk jadi brand ambassador. Bukan jenis bermain cinta, peminat wanita punyalah ramai tapi dia bukan jenis ‘melayan’, jadi kamu percaya dia curang?” coret Keena menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Hormati orang lain

Dalam pada itu, Keena juga berkata Fattah merupakan seorang lelaki yang sangat menghormati orang lain.

“Saya tua tiga tahun dari dia. Dia hormat sebagai kakak diset. Dia sangat menghormati orang dan dari keluarga baik-baik.

“Apatah lagi dia bukan jenis bercerita hal orang dekat set, tak pernah di bibir mengumpat hal orang lain. Kamu nilai lah Fattah ni macam mana,” coretnya.

Semoga terus bangkit

Dalam hantaran yang sama, Keena turut memberikan kata-kata semangat buat Fattah supaya terus bangkit dengan hasil kerja yang bagus selepas ini.
“Sekarang teruskan kerjaya mu. Saya bangga tengok Fattah dalam filem ‘Mat Kilau’. Jauh beza lakonan dia sebelum ini.

“Saya panggil dia budak skema sebab dia menunduk bila jumpa orang. Salam dan menghormati orang.

“Penuh dengan senyuman. Bagus ajaran mak bapak dalam mendidiknya. Apa pun saya tetap menyokong Fattah dalam bidang seni.

“Go Fattah… Jangan patah semangat Fattah, jom makan cendol, dah single tu boleh pakai Harley Davidson dah tu Fattah Amin,” usiknya.
Terdahulu, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi Isnin.
Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

ARTIKEL BERKAITAN:Adik Fattah Amin Beri Kata-Kata Semangat - “Moga Allah Pelihara Insan Insan Istimewa Ini Daripada Dicaci & Dihina”

ARTIKEL BERKAITAN:Sentiasa Luah Rasa Rindu Terhadap Anak & Isteri, Pekin Ibrahim Puji Sikap Fattah Amin - “Tak Sekali Pun Saya Nampak Dia Gatal Atau Cerita Hal Wanita”

ARTIKEL BERKAITAN:Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”

ARTIKEL BERKAITAN:“Semoga Segala Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan” - Sherry Ibrahim Titip Kata-Kata Semangat Buat Bekas Kekasih

ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

Bagaimanapun pada hari yang sama, Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah merupakan antara salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.
Malah, Fazura juga turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.
Untuk info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar