Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Tak Pernah Suka & Takut Tengok Bulu Mata Siti Badriah, Suami: “Too Much Dangdut Sangat!”

Maliah Surip 23/06/2024 | 04:51 MYT
Penyanyi dangdut Siti Badriah sudah berkahwin dengan suami, Krisjiana Baharudin selama lima tahun. Mereka juga memiliki seorang anak perempuan.
Namun kata Krisjiana pada awal perkenalan dengan Siti Badriah atau Sibad, dia tidak pernah suka atau jatuh cinta dengan penyanyi tersebut.
Pelakon itu malah menyifatkan pelantun Lagi Syantik itu sebagai perempuan tanpa daya tarikan cantik dan pada satu tahap pernah menakutkan dirinya.
“Saya tidak pernah tertarik atau suka dengan dia,” kata Krisjiana sewaktu menjadi tetamu YouTube Curhat Bang Denny Sumargo bersama Sibad seperti dilaporkan Kompas.

BERITA TRENDING: Terbabit Konsert Goyang Asia Koplo Milenia, Siti Badriah Rindu Durian Malaysia

BERITA TRENDING: Takut Anak Diberi Ubat Tidur, Siti Badriah Pasang CCTV Seluruh Rumah

BERITA TRENDING: Lesti Kejora dan Siti Badriah Sudah Berdamai

BERITA TRENDING: Nak Cepat Dapat Anak, Siti Badriah Makan Taugeh & Daging!

BERITA TRENDING: Doa Siti Badriah Pasca Bergelar Istri Krisjiana yang Mengaku Sempat Ingin Pingsan Sebelum Ijab Qabul

Menurut Krisjiana, salah satu hal yang membuat dirinya langsung tidak tertarik dengan Sibad adalah kerana penampilannya.
Dia juga bersikap jahat dan tidak memikirkan perasaan Sibad apabila menyifatkan wanita itu sebagai tidak cantik.
“Iya, dulu dia cakap saya jelek tidak cantik. Kampung,” celah Sibad.
Krisjiana kemudian mengatakan: “Saya takut dengan bulu mata sambung (extension) dia. Bulu mata dia sampai ke dahi.
“Saya tidak suka wanita yang pakai bulu mata. Too much, dangdut sangat!”
Tambah Krisjiana, sepanjang proses berkenalan dengan Sibad dia juga sempat menjalin hubungan dengan wanita lain.
“Lama proses untuk saya menyukai dia sehingga sempat jalin hubungan dengan wanita lain,” ujar Krisjiana.
Namun tanpa disedari dia akhirnya jatuh cinta dengan Sibad. Salah satu sebab kerana sikap tidak putus asa Sibad yang sentiasa ‘mengejarnya’ dan sangat penyabar.
“Sampai sekarang saya bingung juga kerana akhirnya jatuh cinta sesungguhnya dengan Sibad.
“Saya sudah kenal dia enam tahun dan dalam tempoh ini sejak hari pertama sehingga sekarang, cinta saya pada Sibad masih sama, masih tidak berubah,” katanya.

#Viral #Dangdut #Indonesia #Bulu Mata #Siti Badriah #Krisjiana Baharudin
;