Berita

TERKINI: Tiga maut, 37 Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Rombongan Guru

Gempak
09/06/2024
03:35 MYT
Sponsor Banner
TERKINI: Tiga maut, 37 Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Rombongan Guru
Tiga termasuk seorang lelaki maut termasuk 37 orang cedera selepas bas persiaran membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.
Bas dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.
Berita Trending:Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik-…
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa iaitu seorang guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan bas, Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.
Berita Trending: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump,…
Menurutnya, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.40 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa iaitu seorang guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan bas, Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis,…
Menurutnya, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.40 tengah malam.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas yang datang dari arah Seremban menghala ke arah Kuantan tiba di tempat kejadian telah gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh treler yang menghala Segamat.
Berita Trending: Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan…
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik…
"Bas terbabit dinaiki 37 penumpang dan dua pemandu menyebabkan dua maut manakala lain-lain mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam pada pada Ahad.
Ujar beliau, pemandu treler tersebut tidak mengalami kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat. Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam pada itu, Nor Azman meminta saksi kejadian menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Rompin, Inspektor Nurul Iffah Kamarudin di talian 019-9169509 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 12.31 pagi. Menurutnya, susulan maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi dan tiba jam 12.56 pagi.
Berita Trending: "Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali
"Operasi menyelamat turut dibantu anggota dari BBP Chini, BP Segamat,BBP Jalan Abdullah, Segamat dan BBP Jempol selain polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).
"Anggota terlibat membantu mengeluarkan mangsa dalam bas yang terjunam ke bawah cerun," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar