Umai Mendonia! Bawa Nama Malaysia Ke WCOPA 2024 Di US Dengan Lagu Cindai, Netizen Terpegun - “Merdunya Suara, Flying High Macam Makcik Awak”
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, telah mewakili Malaysia dalam kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.
Bawa lagu Cindai
Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai berkongsi berita gembira itu menerusi beberapa hantaran di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan Umai bersaing dalam lima kategori berbeza dan mempertaruhkan lagu Cindai nyanyian asal ibu saudaranya dalam kategori World.
Ramai yang terpegun dengar suara Umai
Menerusi video terbaharu yang dikongsi menunjukkan Umai atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar sedang menyanyikan lagu itu.
“Terima kasih kepada semua yang memberi galakan dan sokongan serta mendoakan Umai sepanjang di LA,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mendengar suara merdu Umai.
Ada juga yang menyatakan Umai bakal mencipta nama tersendiri sama seperti Siti Nurhaliza.
BERITA TRENDING: “Comelnya Macam Ada Iras Tok Ti” – Umairah Dipuji Pandai Berlakon, Ramai Tak Sabar Nak Tengok
ARTIKEL BERKAITAN: "Kenali Umairah Sebagai Dirinya, Bukan Kerana Siti Nurhaliza" - Siti Sairah
“MasyaAllah, sedapnya suara Umai menyanyi lagu Datuk Siti,”
“Merdunya suara, flying high macam makcik awak okay,”
“Terbaik Umai, menyanyi dengan gaya tersendiri,”
Terdahulu, kejohanan ini berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, dari 28 Jun hingga 6 Julai.
Untuk info: Penyertaan pasukan Malaysia dalam kejohanan ini adalah peluang emas bagi karyawan tanah air untuk menonjolkan bakat kepada penggiat seni Hollywood dan menyerlahkan diri di arena antarabangsa.