Hiburan
Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Pertemuan pertama
Uyaina memberitahu pertemuan pertama mereka semasa Uyaina hadir ke sesi ujibakat pencarian Dewi Remaja pada 2015 dan Neelofa serta Izara ketika itu menjadi juri bersama pengacara Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil.
“Kalau you guys nak tahu, pertama kali Uyaina jumpa Neelofa dan Izara waktu audition Dewi Remaja tahun 2015. Waktu tu sangat starstruck ya (sekarang pun).
“Waktu tu, Izara dan Neelofa jadi juri bersama dengan Pak Nil. Tapi, I tak lulus ke next stage,” kongsi Uyaina menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya.
Luluh Program Lain
Pada perkongsian yang sama, biarpun gagal untuk menetapkan diri dalam program Dewi Remaja namun Uyaina tak berputus asa dengan menyertai ujibakat Pencarian Nona Manis dan berjaya melayakkan dirinya.
“Tapi tahun yang sama, I pergi audition Pencarian Nona Manis. Ha kat situ lulus audition. Dan dari situ juga I mula masuk industri. Just nak kongsi, begitulah indahnya rezeki. Kalau bukan di situ, mungkin di sini,” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad Kongsi Soalan ‘Famous’ Yang Selalu Diterima Oleh Ibu Lepas Bersalin - “Ada Sesetengah Respons Buat Saya Sampai Terkedu”
ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aisyah Akui Jadi Ibu Bukan Mudah, Tetap ‘Enjoy’ Waktu Bersama Anak-Anak - “Tipulah Kata Tak Penat, Tak Cukup Tidur…”
Dalam pada itu, Uyaina turut mengakui dia sememangnya mengidolakan Neelofa dan Izara dalam pelbagai cara selain tidak menyangka mereka kini sudah menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata.
@uyaina.arshad Fun fact: Kalau you guys nak tahu, first time Uyaina jumpa Neelofa & Izara waktu Audition Dewi Remaja tahun 2015. Time tu sangatttt starstruck ya (sekarang pun ngl ??) Time tu, Izara & Neelofa jadi juri together with Pak Nil. Tapi, I tak lulus ke next stage ?? But tahun yang sama, I pergi Audition Pencarian Nona Manis. Haaaaa kat situ lulus audition. And dari situ jugak I mula masuk industri ? Just nak share, begitulah indahnya rezeki. Kalau bukan di situ, mungkin di sini. Just keep on trying I guess? I adore both women so much in so many ways. And all 3 of us now are moms of 2 kids! MashaaAllah. How time flies. Anyway, semoga yang baik2 buat kita semua ♥️? P/s: You guys start kenal Uyaina dari mana? ?♬ Kupu Kupu × Panah Asmara - Hartian Juniawan
“Just keep on trying I guess? I adore both women so much in so many ways. Dan kami bertiga kini ibu kepada 2 anak! MashaaAllah. How time flies. Anyway, semoga yang baik-baik buat kita semua,” katanya.
Must-Watch Video