Viral

Wanita Jepun Ini Anggap Cendol Sebagai Ramen, Siap Masak Buat Sup!

Gempak
20/06/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Jepun Ini Anggap Cendol Sebagai Ramen, Siap Masak Buat Sup!
Seorang wanita asal Jepun yang dikenali sebagai Sora berjaya menarik perhatian netizen apabila membuat resepi sup cendol.

Masak cendol

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @sora_fula, dapat dilihat Sora membuat kandungan memasak cendol tersebut.
“Saya nak cuba Malaysian ramen,” katanya sambil memegang sebungkus cendol di pasaraya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia turut menunjukkan cara memasak ramen menggunakan cendol tersebut.
Malah, dia juga turut mempersoalkan warna cendol yang berwarna hijau yang dilihat tidak sama dengan ramen yang biasa dilihatnya.
@sora_fula Apa ini ?? #fyp #sora #malaysia ♬ original sound - Sora
Setelah hidangan itu siap, Sora dilihat teruja untuk merasai hidangan tersebut.
Namun, ketika dia menikmati hidangan itu, timbul persoalan tentang tekstur cendol yang terlalu lembut setelah dimasak.
BERITA TRENDING: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak

BERITA TRENDING: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah

Sora juga dilihat turut mempersoalkan dirinya sendiri adakah dia tersilap langkah dengan memasaknya terlalu lama hingga menyebabkan cendol berkenaan terlalu lembut.
“Rebus terlalu lama? Ia terlalu lembut,” kata Sora menerusi video berkenaan.
Di penghujung video tersebut, dia turut meminta bantuan daripada pengguna TikTok untuk mengajarnya cara sebenar menikmati hidangan tersebut.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Sora yang memasak sup cendol.

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?

Ada juga warganet yang turut menasihati wanita itu agar melakukan carian terlebih dahulu sebelum memasak hidangan tersebut.
Antara komen yang diterima termasuk:
“It’s not ramen, but it’s for dessert, we call it cendol.
“Ahh sudah, cendol dibuat sup, macam mana nak explain ni.

BERITA TRENDING: "Ya Itu Betul, Bukan Drama" - Ibu Sahkan Siti Jamumall Kahwini Aiman Tak Kisah

BERITA TRENDING: Batal Kahwin 31 Mei, Siti Jamumall Pilih Nikahi Lelaki Lain Di Thailand

“You should atleast Google & find out what it is, don’t just simply make fun,” komen beberapa netizen.
Sekadar info video tersebut telah mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan di aplikasi TikTok.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar