Viral
Wanita Jepun Ini Anggap Cendol Sebagai Ramen, Siap Masak Buat Sup!
Seorang wanita asal Jepun yang dikenali sebagai Sora berjaya menarik perhatian netizen apabila membuat resepi sup cendol.
Masak cendol
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @sora_fula, dapat dilihat Sora membuat kandungan memasak cendol tersebut. undefined Setelah hidangan itu siap, Sora dilihat teruja untuk merasai hidangan tersebut.
Namun, ketika dia menikmati hidangan itu, timbul persoalan tentang tekstur cendol yang terlalu lembut setelah dimasak.
BERITA TRENDING: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak
BERITA TRENDING: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah
Sora juga dilihat turut mempersoalkan dirinya sendiri adakah dia tersilap langkah dengan memasaknya terlalu lama hingga menyebabkan cendol berkenaan terlalu lembut.
“Rebus terlalu lama? Ia terlalu lembut,” kata Sora menerusi video berkenaan.
Di penghujung video tersebut, dia turut meminta bantuan daripada pengguna TikTok untuk mengajarnya cara sebenar menikmati hidangan tersebut.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Sora yang memasak sup cendol.
BERITA TRENDING: Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"
BERITA TRENDING: Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?
Ada juga warganet yang turut menasihati wanita itu agar melakukan carian terlebih dahulu sebelum memasak hidangan tersebut.
Antara komen yang diterima termasuk:
“It’s not ramen, but it’s for dessert, we call it cendol.
“Ahh sudah, cendol dibuat sup, macam mana nak explain ni.
BERITA TRENDING: "Ya Itu Betul, Bukan Drama" - Ibu Sahkan Siti Jamumall Kahwini Aiman Tak Kisah
BERITA TRENDING: Batal Kahwin 31 Mei, Siti Jamumall Pilih Nikahi Lelaki Lain Di Thailand
“You should atleast Google & find out what it is, don’t just simply make fun,” komen beberapa netizen.
Sekadar info video tersebut telah mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan di aplikasi TikTok.