Hiburan
Watak Antagonis Dalam Sheriff Bawa Tuah, Elizabeth Tan Bersinar Di FFM33 - “Pencalonan Ini Sangat Bermakna Bagi Saya”
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan tidak menyangka watak antagonis yang dimainkan dalam filem Sheriff membawa tuah buat dirinya.
Pencalonan FFM33 hadiah bermakna
Menurut Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy, 31, pencalonan sebagai Top 5 adalah hadiah yang cukup bermakna dan sesuatu yang di luar jangkaan.
“Saya tak sangka watak antagonis yang saya lakonkan dalam Sheriff akan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dan juri.
“Sebagai pelakon, saya selalu ingin mencabar diri untuk keluar dari zon selesa, dan watak ini memberi saya peluang untuk berbuat demikian.
“Jujurnya pencalonan ini sangat bermakna bagi saya kerana ia tanda industri mengiktiraf saya sebagai seorang pelakon dan menjadi impian saya selama ini.
“Ramai orang masih melihat saya sebagai seorang penyanyi dan menganggap lakonan ini sekadar suka-suka, tetapi pencalonan ini adalah satu pengiktirafan yang saya sebenarnya juga seorang pelakon," katanya.
Penghormatan bersaing dengan nama-nama besar
Dalam pada itu, Lizzy juga menyifatkan pencalonan tersebut sebagai satu penghormatan buat dirinya apatah lagi bersaing dengan nama-nama besar dalam industri filem.
“Saya sangat kagum dengan pelakon lain dalam kategori ini. Semuanya hebat-hebat belaka, dan berada dalam kalangan mereka adalah sesuatu yang saya hargai.
“Empat calon lain mempunyai kelebihan tersendiri dan saya akui sangat kerdil untuk berdiri sebaris mereka.
“Menang atau kalah saya tidak mahu ambil kisah kerana apa yang lebih penting adalah meraikan kejayaan setiap pemenang pada penganjuran kali ini,” ujarnya.
Terdahulu, Lizzy mencuri perhatian apabila tersenarai dalam Top 5 kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33).
Pencalonan ini adalah hasil lakonannya sebagai watak antagonis dalam filem Sheriff yang berjaya menonjolkan sisi berbeza daripada perwatakan lembut dan sopan yang sinonim dengannya.
ARTIKEL BERKAITAN:Sheriff, Polis Evo 3, Malbatt: Misi Bakara & Mechamato The Movie Tercalon Di FFM33, Zul Ariffin & Shahiezy Sam Bersaing Dalam Kategori Sama
ARTIKEL BERKAITAN:Kutipan Sangat Memberangsangkan, Sheriff Bakal Kembali
ARTIKEL BERKAITAN:PMX Puji Filem Sheriff - "Saya Kagum Dengan Jalan Cerita, Dialog &..."
Mengetengahkan tema Evolusi Sinema Malaysia atau FFM 33 akan bersiaran secara langsung pada 7 Disember ini di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.
Must-Watch Video