Tempatan

Honda Malaysia Perkenal Honda Connect, Teknologi Keselamatan Termaju Dan Beri Kemudahan Kepada Pemilik Honda

Erywan
10/03/2021
02:25 MYT
Sponsor Banner
Honda Malaysia Perkenal Honda Connect, Teknologi Keselamatan Termaju Dan Beri Kemudahan Kepada Pemilik Honda
Honda Malaysia memperkenalkan teknologi terkini dan inovatif terbaharu, Honda Connect untuk memperkasakan ciri keselamatan dan kemudahan kepada penggunanya.
Honda Connect itu menggunakan teknologi pintar Telematics membenarkan pengguna berhubung dengan kenderaan mereka melalui satu sentuhan sahaja melalui aplikasi telefon pintar.
Pengenalan teknologi terbaharu itu akan memudahkan pengguna mengakses kenderaan serta memperoleh maklumat di mana-mana sahaja.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Shiyama berkata, Honda Connect merangkumi visi Honda berhubung nilai reka cipta untuk mobiliti dan kehidupan harian manusia.
Menurutnya, teknologi Honda Connect ditawarkan pada varian City RS e:HEV Baharu yang akan menemui pelanggan bermula Mac ini.
Fungsi utama teknologi pintar Telematics dalam Honda Connect itu membabitkan Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Jarak Jauh, Aplikasi Keselamatan, Perkhidmatan Menjejak dan Sokongan Kenderaan.
Dari segi keselamatan, Honda Connect dilengkapi ciri-ciri seperti:
Sistem Pengesanan Pelanggaran Automatik memberi sokongan pantas kepada pemandu melalui Pusat Panggilan Bantuan Roadside Honda yang beroperasi selama 24 jam jika berlaku kemalangan atau berlakunya penggunaan beg udara dalam kenderaan. Ia menyalurkan pemberitahuan kepada Pusat Panggilan dan sokongan kecemasan dihantar dengan segera.
Pengesanan Keselamatan Alarm memantau kenderaan malah memaklumkan pengguna sekiranya pintu, bonet atau hud hadapan tidak ditutup.
Find My Car memudahkan jika pemilik kenderaan terlupa tempat parkir.
Amaran Kelajuan dan Geo-Fencing akan memaklumkan kepada pengguna apabila kenderaan melebihi kelajuan atau tersasar dari radius pemanduan yang ditetapkan.
Pada masa sama, Honda Connect juga mempunyai ciri lain seperti Remote Diagnostic Support untuk memberi penilaian awal dan diagnosis mengenai isu masalah kenderaan.
Sebanyak 11 isu yang dapat dikesan melalui Remote Diagnostic Support membabitkan:
  • Supplemental Restraint System
  • Brake System
  • Engine Malfunction
  • Charging System
  • Vehicle Stability Assist (VSA) System
  • Electric Power Steering (EPS) System
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Adaptive Cruise Control System (ACC)
  • Safety Support
  • Power System
Terakhir, Honda Connect juga menawarkan ciri komunikasi termaju seperti, Fungsi Pesanan One-to-One adalah untuk memberi peringatan waktu penyelenggaraan kenderaan, pembaharuan insuran dan cukai jalan. Perkhidmatan Posting Rangkaian Sosial pula membenarkan pengguna untuk berkongsi log perjalanan dengan komuniti dalam media sosial. Pertanyaan Pelanggan untuk memudahkan pemilik menghubungi Honda secara terus.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar