Artis Korea

Pelatih Youth With You 3 Menangis Selepas Lisa BLACKPINK Ucapkan Ayat Ini

Mya Amri
30/03/2021
13:42 MYT
Sponsor Banner
Pelatih Youth With You 3 Menangis Selepas Lisa BLACKPINK Ucapkan Ayat Ini
Garang, lucu, bagus, bertimbang rasa dan tidak lokek ilmu, itulah antara ayat yang boleh digambarkan tentang mentor Youth With You 3, Lalisa Manoban.
Tidak cukup dengan itu, anggota kumpulan BLACKPINK ini juga mampu memberikan keyakinan kepada pelatih dengan kata-kata semangat yang begitu menenangkan.
Malah ungkapan kata-kata Lisa itu juga mampu membuatkan para pelatih Youth With You 3 terharu dan menangis kerana tidak menyangka wanita cantik ini begitu memahami kesukaran situasi mereka.
“Adakah kamu seronok dengan persembahan? Terima kasih. Sekarang tibalah masanya untuk kamu semua tunjukkan gaya kamu sendiri.
“Adakah kamu gementar? Tidak mengapa, jangan risau. Cuba sahaja. Segalanya pasti akan okay sebaik sahaja kamu mulakannya, ayuh!” ujar Lisa.
Sebaik sahaja habis ucapan ucapan yang diberikan, para pelatih tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.
BACA: Garang Tapi Bagus! Lisa BLACKPINK Dipuji Jadi Mentor Youth With You 3
BACA: Silap Sikit Pun Perasan, Hebatnya! Ini Nasihat Lisa BLACKPINK Untuk Pelatih Youth With You 3
BACA: Lisa Jadi Mentor Youth With You 3, Ini Reaksi BLACKPINK…
Apakah yang berlaku seterusnya?
Jadi jangan lupa saksikan episod penuh Youth With You 3 di iQ.com atau di aplikasi iQIYI antarabangsa secara PERCUMA.
Youth With You 3 sudah pun mula ditayangkan pada setiap Khamis dan Sabtu, jam 8 malam.
Rancangan ini juga turut disiarkan di Astro saluran 300 dan juga On Demand, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8 malam.
Terdapat juga dalam sarikata pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar