Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Hazreen Amreena Dedah Berkawan Rapat Dengan Arwah Nidza Afham, Setiap Minggu Datang Bagi Sokongan –“My Stronger Supporter Dah Tiada”

Khairil Khusyairi 19/08/2024 | 03:55 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Hazreen Amreena mendedahkan Allahyarham penyanyi Nidza Afham yang meninggal dunia minggu lalu sering menyokongnya.

Setiap Minggu Datang Sokong

Menurut Hazreen, dia mula mengenali arwah ketika dua tahun lalu dan mereka berkawan rapat.

Malah, arwah juga pernah datang ke konsert Gimme The Mic Malaysia selama tiga minggu bagi menyokong Hazreen.

“Saya kenal arwah pada 2 tahun lalu. Saya dan dia agak rapat. Arwah sangat baik orangnya dan sangat hormati orang tua. Dia senang didekati.

“Arwah setiap minggu datang untuk sokong saya, datang konsert pada minggu pertama sampai minggu ketiga.

“Pada minggu keempat ini, saya melawan juga sebab ‘my stronger supporter’ dah tiada tetapi tidak mengapa saya bawa semangat arwah setiap minggu.

“Terkenang juga sebab arwah dah tiada di sini,” katanya kepada Gempak.

Anggap Arwah Sebagai Adik

Dalam pada itu, Hazreen juga menganggap arwah Afham seperti adiknya sendiri kerana arwah sentiasa bersama dengannya.

“Cukup dengan ada bersama dia, di Gimme The Mic dia datang, ketika saya sertai pertandingan nyanyian Shiha Zikir pun dia datang.

“Senang cerita apa yang saya buat, dia ada, saya anggap arwah macam adik saya sendiri,” kongsinya lagi.

Hazreen yang juga kakak kepada kekasih Allahyarham Afham iaitu Hazmiera memaklumkan adiknya itu kini berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, dia kini bertambah baik.
“Semoga Allah kuatkan semangat kami semua,” ujarnya.
Terdahulu, Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, pada jam 6.30 petang Khamis.
Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.
Teman wanita mangsa kemudiannya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam adalah Nidza Afham.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie Kesal Ada Jenama Produk Tawar Buat ‘Review’ Selepas Kehilangan Abang Tersayang - “Dimanakah Common Sense Anda? This Is Unacceptable”

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Rakam Keterangan 8 Individu Kes Kematian Nidza Afham

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sahkan Tiada Barang, Dokumen Milik Nidza Afham Hilang

ARTIKEL BERKAITAN: “Nidza Afham Perbaiki Solat & Mahu Jadi Imam” - Abang Allahyarham

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Allahyarham Nidza Afham Reda, Syukur Jenazah Sempurna - "Tiada Satu Pun Yang Patah, Allah Bagi Kesempurnaan"

#Kawan Rapat #Gimme The Mic #Gimme The Mic Malaysia #Nidza Afham #Hazreen Amreena
;