,
Hiburan

Polis Sahkan Tiada Barang, Dokumen Milik Nidza Afham Hilang

Gempak
16/08/2024
09:55 MYT
Polis mengesahkan tiada dokumen atau barang kepunyaan Allahyarham penyanyi Nidza Afham, 23, yang hilang seperti didakwa malah ahli keluarganya juga tidak membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga tidak menerima laporan daripada mana-mana ahli keluarga yang menyatakan ada barang milik arwah hilang.

"Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif atau perkara yang tidak pasti berkaitan siasatan kes ini," katanya ringkas dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Peringatan tegas tersebut dikeluarkan ekoran terdapat beberapa pihak membuat spekulasi bahawa terdapat barang milik Allahyarham didapati hilang termasuk dokumen pengenalan diri.
Keluarga Allahyarham Nidza Afham meminta orang ramai termasuk media menjaga sensitiviti dan perasaan mereka semasa mengulas kejadian itu.
Abang sulung Nidza, Mohd Nidza Irfan Mokhtar, 33, menyatakan dia sekeluarga amat berharap orang ramai atau netizen di media sosial untuk tidak membuat kenyataan sensitif yang boleh mengguris perasaan terutama demi menjaga hati ibu mereka.
Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, pada jam 6.30 petang Khamis.
Penuh hiba, pengebumian Allahyarham berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 1,000 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan rakan terdekat.
Jenazah sebelum ini dimandi dan dikafankan di Unit Jabatan Forensik, Hospital Shah Alam sejurus selesai proses bedah siasat.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disolatkan.
Terdahulu, Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.
Teman wanita mangsa kemudiannya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam adalah Nidza Afham.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rakaman CCTV Nampak Nidza Afham Beli Air, Keluar Minum” - Abang ipar

ARTIKEL BERKAITAN: “Nidza Afham Perbaiki Solat & Mahu Jadi Imam” - Abang Allahyarham

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Allahyarham Nidza Afham Reda, Syukur Jenazah Sempurna - "Tiada Satu Pun Yang Patah, Allah Bagi Kesempurnaan"

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Nidza Afham Selamat Dikebumikan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Unitar