Penyampai radio terkenal Faizal Ismail tidak bersetuju dengan tindakan usahawan kosmetik yang memuat naik video isterinya yang sedang dalam proses bersalin.
Faizal meluahkan pendapatnya menerusi satu entri diakaun Instagramnya semalam.
Kata Faizal video tersebut bersifat peribadi dan tidak patut ditonton oleh masyarakat.
“Maaf, saya tak sokong upload saat-saat video isteri tengah nak bersalin dalam apa keadaan sekalipun. Ia adalah saat sangat peribadi apatah lagi si isteri tengah bersabung nyawa.
“Lebih baik berdoa dan baca apa yang patut. Ia bukan untuk tontonan umum. Alasan untuk beri
pengajaran kepada yang lain adalah sekadar nak ‘halalkan’ perbuatan.
“Ramai yang tak tengok video pun masih menghormati IBU dan isteri. Harap tak ada lagi yang buat. Mungkin perlu pandangan dari pakar agama dalam hal ini,” tulisnya.
Terdahulu, sepotong video yang merakamkan saat isterinya sedang bersalin telah dimuat naik usahawan kosmetik tersebut di akaun Instagram peribadi atas alasan untuk memberikan pengajaran tentang pengorbanan seorang ibu sewaktu melahirkan zuriat.

Sementara itu, menerusi ruangan komen entri tersebut, rata-ratanya menyokong pendapat Faizal dan melabelkan perbuatan itu sebagai matlamat tidak menghalalkan cara.