Skip to main content

Market Trends

Dari Tidak Mahu Menyertai, Kini Menjadi Yang 'DiGeruni'

hijjaz-01.jpg

Kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz mendedahkan mereka hampir menolak tawaran untuk menyertai program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) yang disiarkan setiap hari Sabtu di saluran Oasis disebabkan perasaan ego sebagai sebuah kumpulan nasyid otai. Bukan mahu memandang rendah terhadap program berkenaan namun pengalaman dua dekad mengalunkan irama nasyid serta memilki 20 buah album, membuatkan mereka berpendapat GGV tidak sesuai untuk mereka.

Malah, perasaan bimbang tewas di tangan peserta yang lebih muda membuatkan mnereka berfikir banyak kali sebelum menyatakan persetujuan mereka.

Kerap memenangi persembahan terbaik saban minggu.

Advertisement

“Ketika mula-mula ditawarkan untuk menyertai program ini, fikiran kami masih 50-50. Waktu itu keputusan berat kepada tidak mahu menyertainya kerana kami bimbang jika kalah, lebih-lebih lagi tewas kepada anak didik sendiri seperti UNIC, hafiz hamidun sudah tentu kami akan berasa malu.

Tanamkan sikap tidak mengejar kemenangan.

“Bagaimanapun selepas diberitahu yang penganjur mahu menjadikan program ini sebagai platform untuk mengimarahkan muzik nasyid dan mengembalikan semula zaman kegemilangan suatu ketika dahulu, barulah kami bersetuju. Sejak dari itu, kami cuba tanamkan dalam hati supaya jangan fikirkan pasal nak menang tetapi lebih kepada menghiburkan,”kata mereka kepada Rojak Daily Kaw! Ketika ditemui di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras.

Ditanya pendapat mereka mengenai program ini, Hijjaz berkata sebagai peserta perintis, tanggungjawab yang terletak di bahu mereka cukup berat.

Sentiasa tampilkan persembahan berkualiti.

“Selain berdakwah sambil berhibur, kami juga kena pastikan yang program ini dapat menarik minat penonton dan mencetuskan fenomena supaya ia tidak terhenti setakat musim pertama sahaja. Ini bermakna, setiap peserta kami tampilkan persembahan yang berkualiti.

Rancang rakam album baharu.

“Apabila persembahan bagus, penonton akan suka dan akan ada permintaan daripada mereka supaya program ini diteruskan. Secara tidak langsung, irama nasyid akan kembali gemilang seperti yang pernah berlaku 20 tahun dahulu,”kata Hijjaz yang turut merancang untuk merakamkan album baharu selepas ini.

Jangan lupa saksikan Gema Gegar Vaganza peringkat separuh akhir di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135), malam ini, Sabtu, pukul 9:00 malam.

Must-Watch Video