Skip to main content

Market Trends

“Disuruh Bersilat Last Minute, Memang Berpeluh Dibuatnya” – Zul Ariffin

zul-ariffin-hkl.jpg
Pelakon Zul Ariffin akui seronok bekerja dengan pengarah terkenal Mamat Khalid sepanjang penggambaran filem Hantu Kak Limah.

Kata Zul antara babak yang tidak boleh dilupakan adalah ketika diminta untuk bersilat secara spontan.

“Berlakon genre seperti ini sesuatu yang baru, sebab itu apa sahaja arahan Mamat Khalid saya akan ikut dan tak boleh nak memandai-mandai.
Zul memegang watak Solihin, seorang guru silat.
“Paling tak boleh lupa apabila saya disuruh bersilat last minit, memang berpeluh dibuatnya. Saya pula memang tak tahu bersilat.

“Jadi saya bertanya dengan orang-orang di situ kemudian saya cuba lakukan sebaik mungkin. Mujurlah semuanya berjalan lancar,” katanya ketika ditemui Rojak Daily Kaw!

Mengulas mengenai karakternya sebagai Solihin iaitu seorang guru silat, Zul berkata dia menerima watak tersebut kerana Mamat Khalid.
Antara babak dalam filem Hantu Kak Limah.
“Kalau bukan kerana Mamat Khalid saya takkan buat, skrip dia sahaja sudah cukup untuk menjadikan naskah itu komedi.

“Kalau filem lain pula pelakon itu sendiri yang perlu jadi kelakar untuk menghidupkan karakter.

“Sebenarnya dah lama idam bekerja dengan Mamat Khalid tapi saya tak berani sebab genre komedi yang dibuat itu bukan calang-calang.
Zul pertama kali berlakon genre komedi.
“Pelakon pula semua hebat-hebat jadi bila saya dapat tawaran memang agak ‘cuak’. Saya juga berterima kasih kepada Mamat Khalid kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak tersebut,” tambahnya.

Hantu Kak Limah merupakan francais keempat kisah Kampung Pisang, bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold yang mula ditayangkan sejak 9 Ogos lalu telah mencetuskan fenomena apabila mencipta rekod ke-4 dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11hari tayangan.



Hantu Kak Limah masih rancak ditayangan di 146 pawagam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.
 

Advertisement

Must-Watch Video