Skip to main content

Market Trends

Jaga Rumah Pusaka, Kekalkan Kenangan Arwah Datuk Dan Nenek

aizat-amdan-01.jpg

Ketibaan Ramadan membuatkan Aizat Amdan, 28, terkenangkan arwah   datuk dan neneknya yang sudah pergi untuk selamanya.

Selain kasih ibu dan ayah, perhatian yang diberikan insan yang melahirkan kedua orang tua kita itu juga tiada tolok bandingnya.

Rumah pusaka tempat berkumpul bila Syawal tiba.

Advertisement

Lantaran itu, Aizat mahu mengekalkan setiap kenangan yang pernah dilaluinya terutama pada zaman kanak-kanaknya dengan menjaga rumah pusaka tinggalan arwah di Raub, Pahang.

“Sudah tiga tahun rumah itu tidak berpenghuni dan sebelum ini ia dijaga bapa saudara saya tetapi dia sekarang kurang sihat. Biarpun datuk dan nenek sudah tiada namun rumah itu terus menjadi tempat keluarga dan sanak saudara berkumpul apabila tibanya Syawal.

Cuti di bulan Ramadan untuk bersihkan rumah pusaka.

“Kini saya bertanggungjawab untuk menjaga rumah itu dan memperbaiki apa yang perlu agar ia boleh dijadikan ‘homestay’,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Ujar penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu itu lagi, jadi pada Ramadan ini dia akan bercuti awal untuk balik ke Raub membersihkan rumah itu.

“Ketika mereka berdua masih ada, rasa tak sabar nak balik kampung. Perasaan gembira itu bukan saja ketika menjelang Aidilfitri malah pada hari-hari biasa juga.

Ramadan untuk tambah amal ibadah.

“Lalu saya mahu terus abadikan segala  kenangan saya bersama mereka dengan menjaga rumah pusaka itu dengan baik,” katanya.

Ramadan ini juga Aizat memanfaatkan masanya dengan menambahkan amal ibadah, memenuhi undangan berbuka dan menyempurnakan amanah selaku duta Kempen Raya TV3 & TV9.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video