Skip to main content

Market Trends

Konsert Minggu Pertama Gema Gegar Vaganza Tidak Banyak Beza Dengan Gegar Vaganza

ggv-konsert-1-01.jpg

Menonton konsert pertama Gema Gegar Vaganza (GGV) Sabtu lalu, saya cuba untuk mencari kelainan yang ketara antara konsert tersebut dengan konsert Gegar Vaganza (GV) yang sebelum ini di adakan.

Tiga pengacara GGV - Achey, Siti Nordiana dan Fikri

Agak sukar kerana untuk minggu yang pertama, masing-masing menyanyikan lagu yang popular daripada album masing-masing. Jadi, yang menampakkan bezanya adalah kumpulan nasyid menyanyikan lagu-lagu nasyid manakala mereka yang dari aliran pop masih menyanyikan lagu-lagu pop.

Kumpulan Saujana

Advertisement

Konsep pengacara berlawak masih sama. Cuma pengacaranya berlainan. Tiga pengacara GGV, Achey, Siti Nordiana dan Fikri mungkin masih di peringkat awal mencari keserasian berbanding pengacara GV yang sudah masuk musim ketiga.

Izam, bekas penyanyi Kumpulan EYE.

Mungkin apa yang saya bayangkan untuk GGV ini berlainan daripada apa yang disampaikan. Dalam fikiran saya, mereka akan menyanyikan lagu-lagu nasyid atau lagu-lagu ketuhanan yang dikontemporarikan.

UNIC membawakan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu.

Atau mungkin lagu-lagu yang liriknya bersifat positif dan memberi pengajaran dibuat arrangement baru dan 'dinasyidkan'.

Ana Rafali.

Kenapa saya berfikiran sebegini? Kerana yang kerap diulang adalah untuk menghidupkan kembali bukan setakat lagu-lagu nasyid dan lagu-lagu ketuhanan, tetapi juga kumpulan-kumpulan dan penyanyi nasyid yang sudah lama 'hilang' daripada persada seni.

Penyanyi baru, Wani.

Terlalu awal mungkin untuk menilai dari segi itu dan mungkin hanya akan diketahui pada minggu kedua apabila mereka dicabar dengan lagu-lagu pop dan lagu-lagu rock.

Azmi daripada Kumpulan Caliph Buskers. Hafiz Hamidun.

Saya tahu GGV diadakan adalah untuk mengangkat lagu-lagu berunsur ketuhanan dan bermesejkan positif dalam pelbagai genre muzik dan tidak terhad pada lagu-lagu nasyid sahaja. Jadi mungkin kita semua kena tengok konsert mingguan untuk mengetahui perkembangannya.

Kumpulan Mirwana.
Bienda.

Sesuatu yang sangat positif adalah hadiah persembahan terbaik mingguan mengikut tema berjumlah wang tunai RM5,000 akan disalurkan kepada badan-badan atau orang perseorangan yang memerlukan bantuan.

Kumpulan Hijjaz. Juri tetap, Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi, bersama juri jemputan, Jihan Muse.

GGV bersiaran secara langsung setiap hari Sabtu di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135). Menariknya, anda juga boleh nikmati GGV di platfrom Astro on the Go (AOTG) dan Astro On Demand.

Must-Watch Video