Skip to main content

Market Trends

"Rakam Lagu Baru Tapi Bukan Lagu Nasyid." - Izam EYE

izam-eye-01.jpg

Pasti ramai yang terkejut apabila melihat sosok vokalis kumpulan rock, EYE iaitu Izam berada dalam program Gema Gegar Vaganza (GGV) yang sedang hangat disiarkan di saluran Astro Oasis ketika ini.

Sebagai sebuah program yang majoritinya adalah penyanyi nasyid, kemunculan Izam dalam program pasti menimbulkan tanda tanya. Sejak bila pula Izam beralih arah dalam genre muzik nasyid?

Sertai GGV untuk mengembalikan ingatan peminat kepada Kumpulan EYE.

Advertisement

Bertemu pemilik nama Mohd Izam Arshad ini pada sidang media sebaik saja Konsert Mingguan ketiga GGV yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB di Kuala Lumpur berakhir malam Sabtu lalu, dia mengakui tujuannya menyertai program itu adalah untuk mengembalikan semula ingatan peminat terhadap kumpulan yang pernah popular sekitar 90-an itu.

"Saya masuk program ini adalah untuk memberitahu bahawa kumpulan EYE masih belum berkubur. Walaupun setiap anggota kami ada komitmen masing tetapi kami tetap aktif.

Harap tawaran buat persembahan makin banyak.

"Saya harap dengan kemunculan saya ini juga, EYE akan dapat banyak undangan persembahan. Bukannya tak ada tawaran tetapi biarlah undangan itu lebih kerap selepas ini,"katanya yang menjadi peserta kedua tersingkir selepas Bienda minggu lalu.

Izam yang memperoleh markah terendah iaitu 66 peratus mendapat komen negatif daripada juri Farihin Abd Fatah kerana tidak menggunakan kekuatan vokalnya dengan baik ketika menyanyikan lagu Padamu Ku Bersujud yang pernah dipopularkan Afgan.

Tersingkir di minggu ketiga tidak mematahkan semangat.

Percaturan vokalis ini bagaimanapun menjadi apabila kehadirannya itu mula mendapat perhatian khalayak.

"Sebaik saja menyertai GGV saya ada mendapat tawaran untuk membuat persembahan dalam satu majlis ini. Bagaimanapun tawaran itu terpaksa ditolak kerana pembabitan saya dalam program ini yang menuntut masa untuk latihan, rehearsal dan sebagainya,"ujarnya kepada Rojak Daily Kaw!/em>

Ditanya mengapakah dia tidak menyertai program Gegar Vaganza kerana platform itu dilihat lebih sesuai untuknya, Izam memberitahu perkara itu ada kaitan dengan isu penjenamaan.

"Saya ada produk sendiri dan situasi itu meletakkan saya dalam keadaan sukar kerana ia membabitkan penjenamaan,"terangnya.

"Sebagai penyanyi, saya sudah beri persembahan terbaik." - Izam EYE

Tambahnya, sebaik saja bebas, dia dan EYE merancang untuk menghasilkan album baru.

"Selepas ini kami akan merakamkan album baharu. Konsep masih sama iaitu rock. Kami tidak akan menyanyikan lagu nasyid. Lagipun nasyid bukan terletak pada melodi tetapi lebih kepada lirik," tegas Izam.

Mengulas penyingkirannya dalam program itu, penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Namamu Kini Menjadi Sebutan ini berkata dia enggan menyalahkan sesiapa berhubung perkara itu.

"Saya tidak mahu memberikan pelbagai alasan seperti nak salahkan juri, lagu dan sebagainya. Sebagai penyanyi saya sudah memberikan yang terbaik mengikut apa yang saya mampu.

"Penyingkiran ini sudah ditetapkan Allah kerana dia yang menggerakkan hati juri. Saya terima keputusan itu,"katanya.

Must-Watch Video