Skip to main content

Market Trends

“Saya Tak Kisah Disebabkan Gema Gegar Vaganza Orang Fikir Saya Penyanyi Nasyid.” - Ana Raffali

ana-rafali-01.jpg

Penyanyi, Ana Raffali tidak kisah jika ada pihak yang beranggapan beliau beralih sebagai penyanyi nasyid menerusi penyertaan di dalam Gema Gegar Vaganza (GGV).

Katanya, genre muzik yang diketengahkan sejak menceburi arena seni suara tujuh tahun lalu juga bertunjangkan unsur ketuhanan dan kemanusiaan sejagat.

Sudah lama berada di belakang tabir.

Advertisement

“Hakikatnya program pertandingan realiti yang saya sudah memasuki minggu ke tiga ini memberi pengalaman baharu kepada saya.

“Kalau dari segi konsep, hakikatnya GGV bukan mendendangkan lagu nasyid semata-mata, sebaliknya lebih menjurus terhadap seleksi dendangan ketuhanan dan kemanusiaan.

“Mungkin perubahan ditonjolkan Astro Oasis selaku pengelolanya membuatkan mereka yang belum menonton GGV beranggapan ia disertai penyanyi nasyid saja.

Tidak kisah jika orang menganggap beliau penyanyi nasyid.

“Apa pun, saya tidak kisah kalau ada yang menyangka saya penyanyi nasyid kerana sebelum ini pun dendangan saya berkaitan dengan elemen kemanusiaan dan ketuhanan yang tetap ada hubung kait,” katanya.

Ana atau nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, itu kini bersaing dengan Hafiz Hamidun, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE dan Wani selepas Bienda tersingkir pada minggu kedua.

Menjadi guru Bahasa Inggeris sementara menanti anak membesar.

Pertandingan yang bermula sejak 8 April lalu dengan pertarungan persembahan pada setiap Sabtu itu turut disertai artis berkumpulan iaitu Hijjaz, Saujana, Mirwana, dan UNIC.

Beliau yang kini menjadi guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta mengakui penyertaan di dalam GGV tepat pada masanya untuk muncul semula dalam industri muzik arus perdana.

“Selepas berkahwin dan kini mempunyai anak berusia dua tahun, tumpuan saya lebih kepada tugasan belakang tabir mencipta lagu untuk kempen promosi atau iklan.

Mahu kembali merakam single dan masuk studio.

“Kini saya mahu kembali merakamkan single. Material sudah ada, begitu juga proses untuk masuk studio. Kiranya pembabitan dalam pertandingan ini sebagai permulaan untuk saya aktif semula,” katanya lagi.

Terdahulu, penyanyi yang kental dengan imej baju kurung dan bergitar itu mula menyerlah menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku pada 2010 disusuli duet bersama Suhaimi Meor Hassan, Kalau Berpacaran, setahun kemudian.

Ana pernah menjulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi Tolong Ingatkan Aku.

Must-Watch Video