Skip to main content

Market Trends

“Siapa Kita Hendak Menidakkan Rezeki Allah?” - Fattah Amin

abpbh-keputusan-01.jpg

Seperti yang dijangkakan, Fattah Amin mendominasi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke30 (ABPBH 3.0) malam tadi dengan memenangi Anugerah Bintang Paling Popular.  Selain memenangi kategori utama iaitu Pelakon TV Lelaki Popular, Fattah turut memenangi dua kategori online , Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa, dan juga Artis Sensasi.

Milik Fattah Amin.

Nama Fattah mula disebut-sebut sebagai bakal memenangi Anugerah Bintang Paling Popular apabila menyapu bersih semua pencalonan beliau di Anugerah MeleTOP Era baru-baru ini, termasuklah anugerah utama, Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki.

Menang satu kategori utama dan dua kategori online.

Selain Fattah Amin, Neelofa turut unggul dengan membawa pulang tiga anugerah. Satu anugerah utama iaitu Pengacara TV Popular dan dua anugerah online iaitu Gandingan Serasi Drama bersama Fattah dan juga Artis Berpengaruh.

Khai Bahar cemerlang dengan dua anugerah utama.

Khai Bahar pula hebat dengan dua kategori utama di dalam genggamannya iaitu Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Satu-satunya artis yang memenangi dua anugerah utama di ABPBH kali ini. Tahun ini merupakan tahun yang cemerlang untuk Khai Bahar yang sebelum ini baru sahaja memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era.

Artis Baharu Wanita Popular.

Artis Baharu Wanita Popular pula dimenangi oleh pelakon Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina. Beliau cukup dikenali dalam drama Sayang Papa Saya Tak dan juga terkini, Misteri Wan Peah.

Kembali popular.

Siti Nordiana turut mengulangi kejayaan beliau memenangi Anugerah Penyanyi MeleTOP di Anugerah MeleTOP apabila kali ini membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Popular ABPBH 30. Setelah membuat comeback melalui rancangan realiti Gegar Vaganza, Nana nampaknya tidak lagi menoleh ke belakang.

Muka baharu ungguli Penyampai Radio Popular.

Kejayaan Raden memenangi Anugerah Penyampai Radio Popular mengejutkan ramai apabila berjaya mengalahkan empat lagi penyampai radio lebih senior daripada beliau. Namun, tidak boleh dinafikan populariti Raden semakin meningkat dengan keupayaan beliau sebagai penyampai radio.

Dua tahun berturut-turut.

Artis Versatil Popular pula dimenangi oleh Ifa Raziah. Ini adalah tahun kedua berturut-turut Ifa Raziah membawa pulang anugerah yang sama di ABPBH.

Kembali meraih trofi.

Zizan Razak kembali berada di dalam kelompok pemenang anugerah ABPBH apabila berjaya menewaskan rakan baiknya, Johan, serta pemenang tahun lalu, Abam Bocey, di dalam kategori Artis Komedi Popular.

Akim tidak dapat hadir.

Untuk kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular pula diraih oleh Akim And The Majistret. Sayangnya Akim tidak hadir untuk menerima trofi bersama Kumpulan The Majistret.

Keputusan yang sedikit mengejutkan tetapi bagus untuk industri.

Janna Nick mengejutkan ramai apabila berjaya menewaskan saingan hebat Neelofa dan Ayda Jebat dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Janna jelas nampak tergamam ketika nama beliau diumumkan. Kejayaan Janna membuktikan beliau mula mendapat tempat di hati para peminat.

kacak, jelita dan popular.

Pelakon jelita Fazura mencuri tumpuan ramai apabila berjaya meraih Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular manakala pelakon kacak Zul Ariffin mengungguli trofi Pelakon Filem Lelaki Popular.

Ella sudah lama sepatutnya diiktiraf.

Tahun ini ABPBH sepakat menganugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada ratu rock negara, Ella. Setelah lebih 30 tahun bergelumang di dalam industri, Ella mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang berada di sisi beliau, daripada para pemuzik sehinggalah kepada pereka pakaian dan jurumekap.

Topik Berkaitan

Must Watch Video