KAW
UNIC Juara Gema Gegar Vaganza, GGV Musim Kedua Akan Diteruskan Tahun Depan
Tuah menyebelahi kumpulan UNIC apabila kumpulan tiga anak muda ini telah menewaskan lima kumpulan lain pada malam akhir Gema Gegar Vaganza (GGV) yang telah berlangsung pada malam Ahad bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.
UNIC tampil gagah mendendangkan lagu Ainul Mardhiah dan battle lagu Kalah Dalam Menang bersama Saujana. Mereka membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro dan trofi. Hijjaz bergelar naib juara apabila lagu Fatamorgana yang dibawakan pada pusingan pertama cukup memberi kesan pada penonton. Namun siapa sangka kumpulan Hijjaz boleh menyanyikan lagu rap Alhamdulillah bersaing bersama Mirwana. Hijjaz membawa pulang hadiah RM30,000 sumbangan Astro dan trofi. Kumpulan Hijjaz juga memenangi persembahan pilihan penonton dan membawa pulang RM5,000 sumbangan Serai Mas.

Tempat ketiga dimenangi oleh Mirwana yang membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 sumbangan Astro dan trofi. Mirwana membawakan lagu Ya Rasulullah pada pusingan pertama dan menentang Hijjaz dalam pusingan battle menerusi lagi Alhamdulillah. Menurut Ketua Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, "melihat pada sambutan yang cukup menggalakkan untuk musim pertama ini, GGV akan terus bergema untuk musim seterusnya. Dengan hampir 6 juta tontonan pada konsert GGV, rancangan ini menjadi program tontonan paling tinggi pada malam sabtu dan ia konsisten. Pada kami, ia seperti signal daripada penonton yang mereka mahukan program bercorak islamik dan kita akan cuba menambah baik kandungan di saluran Astro Oasis". Mensasarkan golongan muda untuk kembali meletakkan irama nasyid di arus perdana dan menjadi viral, Raqim menjelaskan sasaran mereka mengena.

Azmi Caliph Buskers berada di tempat keempat dan memenangi RM15,000 sumbangan Astro dan trofi serta Anugerah Gema Terindah dan turut membawa pulang RM15,000 sumbangan Kopi Pak Belalang. Azmi meruntun jiwa semua penonton yang hadir apabila berjaya membawakan lagu Damai Yang Hilang nyanyian asal NowSeeHeart dan battle lagu Aku Maafkan Kamu bersama Hafiz Hamidun. 

Tempat kelima menjadi milik Hafiz Hamidun yang mendendangkan lagu Nur Kasih dari kumpulan In-Team dan battle bersama Azmi. Hafiz membawa pulang RM10,000 sumbangan Astro dan trofi. Saujana mendapat tempat keenam yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 sumbangan Astro dan trofi. Saujana juga cemerlang membawakan lagu Penerang Hati, nyanyian asal mereka sendiri bersama kumpulan Sixth Sense dan battle lagu Kalah Dalam Menang bersama UNIC.


Juri tetap profesional yang terdiri daripada Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk Siti Nurhaliza menggalas tanggungjawab apabila 100% markah ditentukan oleh gabungan mereka bertiga. 

Markah akhir peratusan kumpulanUNIC - 86.30
Hijjaz - 85.17
Mirwana - 78.47
Azmi Caliph Buskers - 77.67
Hafiz Hamudin - 76.50
Saujana - 75.33
Must-Watch Video