Umum mengetahui bahawa 9 Mei 2018 merupakan tarikh mengundi bagi warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. Menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daftar pemilih suku keempat 2017 yang menyenaraikan 14,940,624 pengundi akan digunakan pada PRU14 melibatkan 7,557,187 pengundi wanita (50.58 peratus) dan 7,383,437 pengundi lelaki (49.42 peratus).

Bagi yang pertama kali hendak membuang undi, berikut merupakan panduan yang harus anda ikuti.

1. Menyemak status pendaftaran sebelum hari mengundi.

2. Datang awal ke Pusat Mengundi dan bawa salah satu daripada dokumen pengenalan diri seperti berikut:

3. Tunjukkan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) di Barung SPR pusat mengundi.

4. Tunjukkan slip nombor saluran tempat mengundi dan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Pengundi Pertama (KP1).

5. Celup dakwat kekal

6. Dapatkan kertas undi

7. Buang Undi

8. Tahniah kerana mejalankan tanggungjawab anda


Sumber: Astro Awani